Halaman

Selasa, 26 April 2016

Usia

Hari ini kami ke Penang ziarah mak dan abah mertua.

Aku bukan buat apa pun. Sekadar melayan perbualan mak dan abah. Atau mungkin boleh juga dikatakaan sebagai teman berbual sahaja.

Mak dan abah memang sudah uzur sesangat. Umur abah lebih 90 tahun. Mak pula mungkin 70an. Mereka bedua lebih banyak habiskan masa di katil.... duduk atau berbaring.

Berbual pun banyaknya perkara yang sama. Aduan mereka pun masih yang itu itu juga. Kekadang, tepu juga telinga mendengarnya.

Pasal rumah pusaka di kampung, pasal perangai anak yang begitu dan begini.

Aku selalu berpesan pada ibu_suri, kita buat apa yang kita mampu untuk mak. Kita jangan persoal kenapa adik beradik lain tidak seperti kita.

Selain kita ikhlas kerana Allah, ingin membalas jasa mak dan abah... kita juga berharap apa yang kita perbuat kepada mak, begitulah yang anak akan perbuat kepada kita.

Aku tak lupa salam dan cium tangan abah sebelum balik; sesuatu yang dulu tak pernah aku lakukan. Berlebih lagi oleh ibu_suri.

Rasanya, keakraban, kasih sayang dan peduli kami kepada abah sekarang ini lebih baik dan lebih tulus dari masa kami muda-muda dulu.

Mungkin faktor usia dan kesedaran pada hari akhirat!

6 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Begitulah juga kita nnt di usia mereka...

Nor Azimah berkata...

Begitulah juga kita nnt di usia mereka...

Kakcik Nur berkata...

Sesuatu yang baik tetapi janggal dilakukan pada mulanya, tapi hati ikhlas ingin melakukan pasti memberi kesan yang baik akhirnya...

umi adam faris berkata...


bila kita buat baik kat mak ayah, anak-anak akan tengok. sikit-sikit dorang akan belajar. insyaallah dorang pon akan buat benda yang sama macam kita.

hrusli61 berkata...

Ujian dan dugaan Allah SWT kurniakan untuk menyedarkan kita. Kifarah dosa-dosa kita dan naikkan darajat kita, itu dantara hikmahnya. In shaa Allah ganjarannya pasti ada.

Ibu n Abah berkata...

Bonus masih punya kedua orangtua
Rata2 pada usia kita ni, dah tak punya ibu dan abah. Bonus juga utk mengutip pahala melayan kedua orangtua dengan kasih sayang. Semuga nanti anak2 kita melayankita sepertimana kita melayan kedua orangtua kita dan mendoakan kesejahteraan kita.