Rabu, 25 Mei 2016

Rumah Ke 2

Aku nak ke Perodua sekejap lagi. Tumpang Angah hari ni lewat ke tempat kerja, dia akan mengambil Marissa dari tadika.

Harap ibu_suri tak ikut sama. Boleh aku bertenang-tenang sekejap sambil menunggu keretaku di periksa.

Tak tahu kenapa, sejak balik dari kampung awal bulan ini, bahagian enjin kereta aku asyik mengeluarkan bunyi yang semak perut mendengarnya.

Mulanya aku agak sistem pendinginhawa. Bila Perodua beritahu sistem timing belt dah sampai masa untuk tukar (70 000km), aku pun ikut ja. 

Okey lah untuk beberapa hari...

2~3 hari ni, buat hal lagi. Off  punat pendinginhawa pun sama... ada macam-macam bunyi. Kereta baru usia 3 tahun dah mula meragam. 

Sebelum ini panel gear indicator tak menyala. Nasib baik dalam waranti. Selamat jugalah dekat RM1k...

Bagi aku, kereta adalah rumah ke 2. Tak mahu tension pasal kereta. Hadap kerenah ibu_suri sorang, cukuplah!



1 ulasan:

AtieYusof berkata...

kira kereta dah jadi rumah kedua ya IM..
tapi tulah bila kereta meragam ni kita susah hati.. huhu.. byk juga nak duit tu.. harap lepas ni kereta IM ok sepenuhnya..