Halaman

Khamis, 9 Jun 2016

Cadar Itu Kena Basuh


Terasa badan aku aku dihinggut. Sayup-sayup di cuping telinga aku terdengar...

'Abang... abang... nak pi pancoq...'

Aku cuma mendengus tanda ok tetapi mata masih terkatup.

'Abang... abang... tak tahan dah ni...' lalu terdengar bunyi detapan air ke atas tikar getah.

'Kena mandi ni, bang!'

Aku mendengus lagi. Dalam hati.... menggerutu sambil mata terus pejam.

Tak lama, terdengar bunyi desah nafas ibu_suri tercungap; kemudian katil berhenjut dek henyakkan tubuh ke katil. Lalu terdengar rungutan...

'Abang ni... orang panggil banyak kali... abangg.. abangg... tak mai pun. Tidoq mati ka!'

Aku buat tak dengar. Mata memang tak boleh buka. Perlahan-lahan suara bebelan ibu_suri hilang dari cuping telinga.

Tapi tak lama bila aku terdengar pula esakan ibu_suri. Aku buka sebelah mata. Kelihatan dia mengesat airmata di pipi sambil baring merenung siling. Tensentot sekejap perasaan halus ini. Mataku melirik ke jam di dinding. 

'Baru 4.30!' detik hati ini.... 'Ada lagi 15 minit untuk bersiap sahur.'

Aku sambung pejaman mata. Namun tak dapat lena bila masih terdengar desas nafas ibu_suri menahan tangis.

Akhirnya aku bangun, duduk sekejap sambil mata masih aku buat-buat tertutup. Perlahan-lahan aku ke dapur dan menjenguk nasi yang aku masak sejak jam 2 pagi semalam.

Aku capai bungkusan plastik berisi gulai lemak labu, ikan dan telor goreng yang aku beli dari kedai makan simpang Permatang Tok Elong. Capai mangkuk dan letak atas talam. Tak lupa ambilkan ubat makan pagi sebanyak 9 biji dari pelbagai jenama dan bentuk... untuk diabetis, hipertensi dan psikiatrik.

Semuanya memakan masa 15 minit juga.

Usai itu, aku angkat talam ke dalam bilik. Makan di katillah seperti selalunya... 

Aku capai kerusi dan letakk menghampiri birai katil. Semasa hendak duduk... pop... kaki aku terkena tepi talam. Terpercik keluar kuah gulai dan tumpah ke atas cadar.

'Ni la yang malas makan kat katil ni. Susah. Nasihat orang tak mahu dengar...' getus hatiku.

Aku menarik nafas panjang dan dalam lalu meneruskan juga sahur.

'Cadar ni nanti abang kena bukak dan basuh' ujar ibu_suri.

Aku diam sahaja membendung kegalauan. Memang begitu sikapku bila dalam keadaan terlalu marah atau terlalu serabut!

11 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Allahhu...

Berat mata membaca, berat lagi IM yang memikulnya...

Nor Azimah berkata...

Ermmmm...tak tau nak komen apa dah, sabar jelah yea.

Nor Azimah berkata...

Ermmmm...tak tau nak komen apa dah, sabar jelah yea.

Kakzakie Purvit berkata...

Sungguh besar ujian begitulah besarnya ganjaran
Tak tertanggung rasanya kalau kakak yg kena pikul..

Bearcat berkata...

Insan paling sabar IM ni. MasyaAllah.

Omong Mak Long..... berkata...

Allah hu, ujian yang amat mencabar. Ya Allah permudahkanlah urusan hamba MU yang sedang KAU uji...

Tanpa Nama berkata...

Assalam..sabar ya im..bapa mertua sy juga sblm ni mcm im...jaga mak mertua yg bedridden..suapkan makan..ambil itu ini spt yg mak mertua nak kan..cucikan luka..tadah kencing..cuci najis..dgn penuh sabar..Kdg2 terbit juga dengusannya..mungkin jemu...tp skarang bapa mertua sy sgt sunyi...baru sebulan mak mertua pergi... untuk im, bersabarlah...ganjaran utk im menunggu di sana..hargailah ibu suri semasa hayatnya masih ada..jika takdir Allah memanggilnya dahulu drpd im, percayalah..im akan kesunyian..mcm yg dialami oleh bapa mertua sy

Atie Yusof berkata...

Besar dugaan yg IM alami.. insyaAllah ntinya mendapat ganjaran pahala.. bersabarlah...

Tanpa Nama berkata...

Tak tau nk komen pa..tp nk komen juga.
Simpati pada IM..apa kata IM buat bilik air dlm masterbedroom
Setiap ujian yg Allah beri dlm kemampuan hambanya.

Murni Alysa berkata...

semoga Allah Swt membalas jasa2 IM dengan sebesar2 pahala..Aamiiin!

insan marhaen berkata...

tanpa nama,

memang ibu_suri selalu minta untuk buatkan bilik air dalam bilik.

tapi saya tak mahu sebab pertama ialah kos. sebab ke 2 ialah, jika buat bilik air dalam bilik, alamat dia takkan ada usaha untuk keluar dari bilik spanjang hari kecuali bila nak keluar jalan-jalan sahaja.

saya mahu dia paling tidak berjalan ke bilik air yang agak jauh supaya kakinya bergerak...