Halaman

Isnin, 29 Ogos 2016

Goreng Sahaja Yang Aku Tahu


Lepas hari Sabtu, menggoreng ikan curut sebagai menu makan tengahari, aku bercadang nak goreng ayam sahaja untuk menu Ahad (semalam).

Memang, goreng menggoreng sahajalah yang sehabis rajin untuk aku bila ke dapur sekarang ini. Nak menggulai atau menumis dah teramat malas. Malah sepatutnya di usia begini pada aku dah boleh gantung sendok dan sudip.

Balik riadah aku singgah ke kedai beli ayam setengah ekor. Beli bebanyak takut tak habis.

Sampai di rumah, ibu_suri dah pasang angan-angan. Katanya dah lama tak makan ayam goreng bawang. Ai sey....

Aku hentam sahaja resipinya. Goreng ayam dulu. Sesambil tu, mayang bawang kecil dan bawang putih. Untuk menumis ni, bawang kecil lebih sedap dari bawang besar cumanya renyah sikitlah nak mengupas dan merincih.

Kerana itu, bila nak beli bawang aku suka bawang India. Aku akan pilih yang bersaiz besar dan yang bulat-bulat.

Teringat kat laman 'herba' aku ada satu pokok limau purut yang terlalu banyak daunnya sebab tak pernah petik. Main campak aje ke dalam kuali tanpa potong kecil-kecil. Ternampak kicap Jalen atas meja... hah... tunggang saja seagak cukup.

Macam mana rasanya? Wallahualam.... Tengok ibu_suri makan bertambah nasi tanpa merungut tu, kira oklah masakan aku.

Atau mungkin kerana dah jemu makan masakan kedai, masakan cincai aku di rumah pun jadi sedap...

Aku kurang gemar makan ayam. Sejak dah berumur ni, sedikit demi sedikit selera aku hilang.

Petang itu memang ketara keletihan aku. Sepagian riadah di stadium mini, bukit Mertajam. Balik pula memasak, membasuh pakaian dan menyapu laman rumah serta membuang sampah; buat aku tidur lena menjelang Asar...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi simple masakan tu lagi sedap rasanya. Terima kasih kongsi resipi pada kami IM.

Kakzakie Purvit berkata...

Sebenarnya airtangan org yg selalu masak walau macam mana pun tetap sedap apa lagi yg makan tu org yg hari-hari makan bersama.

IM tak perlu risau sebab bila tengok ibu_suri makan berselera tu memang sah sedaplah tu.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Ibu suri untung dapat suami pandai masak...

makchaq berkata...

Bila tengok orang selera makan masakan kita mesti happy kan..

Makchaq la ni bergantung harap kat anak2 pulak bab masak2 ni.. dah segan nak masak2.. order je kat anak2..
Ada 4 orang.. depa giliaq2 masak x la depa cemuih.. he he..