Halaman

Isnin, 19 September 2016

Walaupun Banyak Ilham...




Ntah kenapa, aku malas nak menulis.

Bila ada mood, suasana pulak tidak memberansangkan.

Terasa rugi kerana tidak dapat merakam kisah-kisah yang berlaku dalam hidup. Ianya berlalu tanpa catatan.

Aku suka menulis dengan pen. Selalu, bila singgah ke toko buku, aku akan belek-belek jenis-jenis pen yang ada di situ. Jenama Parker, Mount Blanc... adalah idaman.

Namun, bila dah bekerja, kesesuaian menulis lebih kepada pen mata bola. Gambar di atas adalah pena mata bola yang aku suka guna dan amat sayang.

Kalau hilang, aku beli pen baru jenis yang sama. Entah berapa batang dah aku beli. Pen 2+1. Ada 2 dakwat dan 1 pensil.

Sekarang, bila dah bersara... lebih banyak menulis menggunakan papan kekunci. Kekadang, bila sesaja nak menulis guna pen, jejari berasa keras.

Aku harap, rasa malas menulis ini tidak berterusan. Terutama dalam menulis blog. Ini adalah satu-satunya medium untuk aku meluahkan apa yang ada di dalam jiwa, di dalam fikiran dan di dalam hati.

Banyak perasaan halus yang orang luar, anak hatta isteri aku pun tidak tahu tetapi tertulis di blog ini.

Beberapa kawanku selalu bertanyakan pautan blog aku ini dengan hasrat mereka mahu mengikutinya. Aku tak beritahu. Cukuplah kawan-kawan dulu yang tahu. Sejak peristiwa salah satu dari catatan aku di salin keluar lalu diviralkan di tempat kerja, aku dah serik.

Ini adalah catatan peribadiku. Sesiapa pun boleh baca jika terjumpa. Tapi baca sahajalah, ya. Jangan bawa keluar dari sini. 

Aku tak suka nak memblock seseorang dari mengakses blog aku. Biarlah ianya bebas dan telus.

Menulis adalah kegemaran sejak remaja. Seperti juga lagu. Aku tidak mahu kehilangan mereka berdua...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kAsih IM atas tulisan selama ini. Banyak yg dapat saya jadikan panduan. Muga Allah memberkati IM sekeluarga.

insan marhaen berkata...

terima kasih kerana tekun mengikuti tulisan saya.

menjadi panduan kepada orang lain juga adalah salah satu dari harapan saya terhadap apa yang tulis.

p/s: kekadang soal balas dari 'tanpa nama' ni kekadang mengetuk perasaan dan susah juga saya nak jawap... :-)

NzA berkata...

saya pun begitu...banyak sebenarnya yang ingin dicatatkan sebagai kenangan tapi kekangan masa membataskan niat saya. Rasa macam rugi sebab banyak kenangan berlalu begitu saja tanpa ada kenangan.

Kamsiah Yusoff berkata...

kadang2 idea mencurah2..terkadang puas dipreah tak juga mahu keluar2 ideanya..

makchaq berkata...

IM pandai menulis....seronok baca..

Makchaq tak pandai menulis.. tapi suka membaca..tapi la ni masa nak baca pun dtak berapa nak ada...

Bila baca balik apa yg makchaq tulih....
Hmmm padan la masa sekolah selalu kena marah ngan cikgu karangan... teruknya aku tulih.