Halaman

Ahad, 23 Oktober 2016

Zaiton


Terima kasih atas komen membina dari kalian lewat tulisan aku sebelum ini tentang paras kolestrol yanh aku idapi.

Aku juga sempat layari laman web tentang khasiat minyak zaiton.

Rupanya disamping ianya berkesan untuk merawat kolestrol jahat (LDL), ia juga berkesan untuk kes tapak kakibyang pecah.

Aku juga sejak akhir akhir ini masaalah kulit tapak kaki yang pecah. Jadi, pilihan pengambilan minyak zaiton adalah sesuai untuk aku dan ibu_suri.

Selain dari itu rupanya minyak zaiton mampu merawat penyakit kulit seperti Eczamia.

Aku segera bagitahu Angah akan penemuan aku ini.

Kedua dua anak Angah yakni Marissa dan Qaisara mengalami Eczamia sejak lahir.

Paling teruk ialah Qaisara. Ratus ringgit jugalah terpaksa di keluarkan samada untuk rawatan klinik swasta dan pembelian susu khas.

Botol yang aku beli (atas) tadi di kedai Ayam Ori, Kubang Semang adalah RM38. Impot dari Palestin. Boleh tahan juga tu. Tambahan pada aku yang dah tak bekerja dan duit simpanan juga kian susut.

Mungkin ada yang lebih murah cuma tak pasti keberkesanannya sejauhmana.

Apapun.... lets try first. Minum sesusu sebelum makan pagi dan oles di tapak kaki sebelum tidur.

Muga di perkenankan oleh Allah!


4 ulasan:

TukangKebun berkata...

Semoga ianya sesuai untuk Tuan sekeluarga.

Nor Azimah berkata...

Rasanya tak mahal mana kalo utk sebulan tu, yg penting istiqomah mkn.

Nor Azimah berkata...

Rasanya tak mahal mana kalo utk sebulan tu, yg penting istiqomah mkn.

Atie Yusof berkata...

Moga sesuai untuk IM & ibu suri.. tak salah utk mencuba..:)