Halaman

Khamis, 29 Disember 2016

Bezanya Ayah

Along dah balik semula ke KL setelah 5 hari balik bercuti. Selama 5 hari itu juga Akhmal tak balik ke rumah. Dan selama itulah aku tak pegang talipon sendiri kerana diambil oleh Akhmal yang konon asalnya nak pinjam sekejap untuk main game tapi akhirnya ghaib macam tu sahaja.

Paling bising ialah ibu_suri. Along pun berkali-kali mengatakan aku terlalu lembut dengan Akhmal hinggakan talipon ayahnya sendiri dibuat seperti harta sendiri.

Aku diam sahaja. Susah nak menjawap semua itu.

Bila tak ada talipon sendiri di tangan, dunia jadi sunyi. Nasib baiklah Along ada bawa balik laptop cokia' ni. Walaupun melayari internetnya macam kura-kura disebabkan spec laptop ini dah ketinggalan zaman namun boleh digagahi untuk sekadar membaca facebook dan menulis blog.

Aku tahu kenapa Akhmal tak balik-balik. Dia dengan Along tak berapa ngam. Tak sama antara Akhmal dengan Angah. Masih boleh bertemu dan bersembang.

Along memang agak tegas dengan Akhmal. Mereka berdua pernah bertumbuk dan berterajang semata-mata bila Akhmal dengan mudah memarahi ibu_suri atas sesatu sebab.

Bila Along dan ibu_suri merungut kasihan melihatkan aku tak ada talipon, aku cuma berkata...

'Ala... rileks ler. Abang tak gaduh pun bila tak ada talipon. Hangpa yang dok kalut.'

'Abang tu memang la. asyik asyik... rileks.'

Aku pun lalu ketawa yang sengaja aku buat. Mulut aku sahaja yang berkata begitu tapi jauh dalam hati...siapalah yang tahu. Itulah bezanya perasaan seorang ayah berbanding perasaan seorang ibu terhadap anak... agaknya.

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rasa ibu_suri dan Along pun sebenarnya tahu apa yg terpendam di dalam hati IM sebab itu dia bersuara begitu. Tapi yg itu adik, yg ini ayah.

Kamsiah Yusoff berkata...

susah jugak bila adik beradik tak ngam kan..

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT oermudahkan segala urusan IM...

bercakap tentang anak2, beruntunglah ibubapa yang anak2nya sentiasa mendengar kata...