Halaman

Selasa, 27 Disember 2016

Nasib

Lama tak menulis. Ketiadaan laptop buatkan aku jadi malas walaupun rindu.

Along balik sejak kelmarin sempena majlis walimah anak kepada adikku - Matun di Lahad, Perak. Aku suruh dia bawa netbook yang dia dapat lama semasa dia masih belajar dulu.

Bila malam ini aku tak boleh picing mata, tergerak hati untuk menulis.

Aku ajak Along temankan aku ke kedai komputer, esok. Aku nak beli juga laptop baru untuk kemudahan aku berinternet.

'Macam mana kalau hilang lagi laptop ni?' soal Along merujuk kepada 3 atau 4 biji laptop aku yang dah hilang.

"Ayah tawakkal je lah. Ini mungkin kali terakhir ayah beli. Kalau 'dia' curi juga, putih matalah ayah...'

Aku bercadang nak cari yang murah sahaja. Boleh buka blog dan facebook dah cukup. 

Kali ini aku akan jaga sebaik mungkin. 

Susah juga ya... bila kita rasa tak selamat di dalam rumah sendiri. 

Selalu juga aku rasa jealous dengan kawan atau adik beradik lain yang hepi dengan keluarga sendiri. Ke sana ke mari tanpa ada kekangan seperti aku ini.

Hurm....tak tahulah. Mungkin Allah mengatakan keadaan begini lebih baik bagi aku dari hidup hepi seperti orang lain.

Atau mungkin juga Allah menyatakan bahawa ini adalah akibat kesilapan aku di masa lalu.

Terima sahajalah nasib ini yang mungkin lebih beruntung berbanding orang lain yang lebih malang dari aku.

Contohnya, adikku Napi. Tiba-tiba sahaja di serang sakit misteri bulan lepas. Bila ke hospital, doktor kata tidak ada sakit apa-apa namun badannya susut secara mendadak dan yang lebih sadis ialah selalu muntah darah kekadang hampir segelas penuh.

Pertanda apa itu?

Aku pula yang turun memberi nasihat dan semangat agar dia kuat dan tabah menghadapi semua ujian ini.

3 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Itulah selalu kita maklum bahawa setiap kita punya ujian yg tak sama
Mengharap kita semua mampu menggalas apa pun juga ujian yg diberikan olehNya.

mokjadeandell berkata...

UjianNya datang kepada kita dengan berbagai rupa. Tapi bila rasa tak selamat dan dihargai dalam rumah sendiri, itu ujian yg tak bertepi. Semoga IM dilindungi Allah dan berdaya menghadapi segala cabaran yang datang.Kuatkan semangat.

Kakcik Nur berkata...

Pelbagai ujian datang dan pergi, pergantungan kita hanyalah pada kasih Ilahi...