Halaman

Selasa, 6 Disember 2016

Hari Ke 2...



Ini malam kedua.

Semasa aku minta izin balik kira kira jam 7, dah mula kelihatan wajah ibu_suri tak ceria. Dia mengadu lenguh dan sakit kaki, minta aku urut.

Aku layan sahaja. Dia kata asyik kentut je dari tadi pertanda dia ada rasa nak buang air besar. Memang masaalah nanti ni dengan keadaan beliau yang tak mampu turn naik katil wad yang tinggi apatah berjalan jauh ke tandaa. itu belum lagi jika dia melihat tandas hospital yang daif.  Maklum, hospital lama.

Misi menasihat aku belikan lampin di HospiMart. Aku ikut sahajalah nasihat misi itu. Macam mana misi akan urus jika benar ibu_suri nak membuang bila aku dah balik.... aku tak.mahu fikir. Aku anggap misi udah ada pengalaman menangani masaalah ini.

Aku agak kalau esok pun ibu_suri tak dibenarkan balik, aku akan makin pusing untuk mengurai emosi beliau. Ntahlah...

Doktor kata jantung ibu_suri lemah sebab itu air terkumpul dalam darah tidak dapat diurai dengan baik.

Satu lagi masaalah ibu_suri ialah dia tak mahu orang lain tahu dia ada di hoapital hatta adik beradiknya sendiri. Mana boleh gitu kan....

Paling lekeh pun mak abah dia mesti tahu. Maka bila mak abahnya tahu, otomatik adik beradiknya akan tahu.

Aku engkari itu dan beritahu keluarga dia, keluarga aku dan rakan baij kami. Selepas itu... nasiblah aku akan dileteri yang bagaimana.

Aku rasa terhuyung hayang sebab tak cukup tidur semalam. Tapi bila balik  lihat rumah lintang pukang.... uruskan dulu.

Terasa rumah ini amat kosong dan sunyi. Aku pasang tv kuat kuat. Kebetulan TV2 cerita Labu Labi.

Aku mandi dan bersembahyang...

Ntah bagaimanalah hidup aku nanti.jika ditakdirkan ibu_suri 'pergi' lebih dulu dari aku ke alam baqa?

12 ulasan:

munirah mansor berkata...

semoga ibu suri lekas sihat.

Kakcik Nur berkata...

Semoga segalanya akan kembali pulih untuk hidup diteruskan selagi nyawa dikandung badan...

Nor Azimah berkata...

Percaturan Allah itulah yg terbaik.

Kamsiah Yusoff berkata...

semoga masih ada sinar harapan utk ibu suri baik sepenuhnya

Bearcat berkata...

Semoga ibu suri cepat sembuh. Amin.

mokjadeandell berkata...

Semoga ibu suri cepat sembuh dan IM dapat menghadapi segalanya dengan tenang. Jaga kesihatan sendiri kerana kalau IM lemah,siapa akan urus ibusuri.
Doa dari saya agar keluarga IM dipermudahkan urusan.
We are in the same boat.

Warisan Petani berkata...

Semuanya ketentuan Tuhan.
Semoga dipermudahkan urusan perawatan ibu_suri.

Tanpa Nama berkata...

Jika ditakdirkan kemudian sendirian.. buat lah kerja kebajikan menolong orang... pergi masjid sembhayg berjemaah 5 waktu... belajar mengaji lagi... kurang kan aktiviti keduaniaan berunsur politik.

Adam berkata...

Cerita saudara memang dah berlaku pada diri saya. Saya faham keadaan saudara.

Makchaq berkata...

Macam mana keadaan ibu_suri sekarang?Semoga kesihatan ibu_suri makin baik dan cepat sembuh..

insan marhaen berkata...

Memang begitu hasrat saya. Saya memang tak berminat dalam politik. Bagi saya, aktif dalam NGO kebajikan adalah lebih sesuai dengan jiwa...

TukangKebun berkata...

Assalamualaikum.

Kami berdoa moga Ibu Suri beransur pulih.

Ya kalau masalah jantung ini biasanya ada gangguan dalam kelancaran air.
Teringat kepada anak semasa setiap kali pembedahan jantung bila baru keluar dari wad pembedahan mereka akan ada limitkan berapa air sahaja yang boleh dimasukkan dalam badan termasuk jugalah yang terus minum dari mulut. Sengsara juga bagi mereka yang baru lepas pembedahan jantung kehausan air.

Semoga saudara bertabah dan bersabar.