Khamis, 19 Januari 2017

Antara Blogger

Bearcat
Aku perasan, blog Cerita Bearcat telah meminggirkan diri dari dibaca oleh pelayar blog seperti aku. Samada disengaja atau ada masaalah teknikal sesawang, aku tak pasti.

Blogger Bearcat adalah antara rakan blogger senior yang telah mengikuti penulisan blogku sejak lama. Beliau pernah ternampak aku yang semasa itu memandu kereta Kancil yang dipenuhi dengan gantungan patung Keroppi di cermin tingkap. Lawak juga bila sesekali membaca tulisannya itu...

Semakin ramai blogger seangkatan aku yang berhenti menulis blog. Blogger Maiyah, Mama Moden, Cikgu Humairi, JR, Nyanyi Sunyi, Pangkin4rest, LadyBird, Habuna Trading... sekadar menyebut nama-nama yang masih aku teringat. Tinggal beberapa kerat sahaja blogger senior yang masih aktif. Itupun khabarnya ada yang dah mula kekeringan idea.

Aku pun sebenarnya kekadang terasa tawar semangat juga nak menulis. Tapi pabila dikenang-kenangkan terasa rugi juga jika pencen awal dari menjadi penulis 'syok sendiri' ni.

Minat aku untuk menulis dan keinginan aku mengabadikan perjalanan hidupku dengan biji-biji huruf ini memang timbul sejak azali. Akan menyesallah aku nanti jika ini aku abaikan. 

Seperti kekesalan aku menghapuskan tulisan-tulisan awal aku di sekitar 2008; yang banyak menukilkan kisah 'kesengsaraan' aku tatkala pertamakali berhadapan dengan kerenah ibu_suri yang menghidap angin ahmar. Terpinga-pinga. Tenggelam punca.

Aku harap... seperti Kakcik Seroja, Warna Nostalgia, Jendela Hati, Abu Zorief, Kak Zakie dan lain-lainnya akan terus menulis dan bersama menyemarakkan dunia blog aku ini.

Aku teringat kepada blogger Kassim Selamat. Beliau telah pergi menemui Ilahi di kala blognyalah antara yang paling suka aku singgah. Termasuk juga blogger Al Manar. Innalillah...kepada mereka berdua!


Nota:
Aku ada bina akaun facebook ke 2. Tujuan untuk berkongsi tentang lagu, cd/kaset, puisi, hobi masa sekolah seperti menyimpan setem, lencana dan keychain, catatan blog atau kata mutiara. Kalau sudi nak friend... klik  sini

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah kakcik akan terus menulis, tapi hanya untuk memberi nafas kepada blog yang kian dingin itu. Mungkin tiada yang boleh memberi faedah dari penulisan itu, sekadar membayangkan isi hati...

Murni Alysa berkata...

Salam IM, Murni merupakan silent rider tulisan IM..hampir semua entry IM murni baca cuma kadang2 Murni tak sempat tinggalkan jejak..Walaupon Murni baru 2thn memiliki blog inshaAllah Murni akan teruskan menulis walaupon tulisan Murni tak berapa bagus..Kenapa Murni suka singgah di blog IM? Murni tak pandai nak jawab tapi Murni suka cara IM luahkan suka duka dlm kehidupan dgn penulisan IM..Kita yg baca ni seolah2 berada di tempat IM..Berat mata memandang..berat lg bahu memikul..semoga IM dirahmati Allah swt selalu..Aamiiin!

Kamsiah yusoff berkata...

saya tertanya2..kenapa JR berenti menulis..ideanya bernas..kelakar...

Tanpa Nama berkata...

ya, saya pun ada perasan abang JR tiba-tiba senyap.

Warisan Petani berkata...

Mudah2an blogger IM akan terus aktif menulis walaupun rakan2 seangkatan dh ramai yang menghilang dari dunia penulisan maya ni.

Jadi sumber inspirasi kepada bloger2 setahun jagung seperti WP dan yang lainnya.

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum IM,

Mak Long mengikuti blog IM cuma akhir-akhir ini lambat sikit menyusur blog-blog sahabat. Teruskan menulis IM.

wati berkata...

Teruskan menulis IM..
Hampir semua entri saya baca.tak pernah miss

iBu...gUru berkata...

Assalamualaikum IM

Bearcat berkata...

Assalamualaikum IM. Saya tak dapat aktif menulis buat masa ini tapi saya masih membaca blog rakan-rakan terutamanya IM.
Err...nak kena check blog ni. Biasa saya layari blog rakan2 melalui hp sahaja. Blog sendiri tak tengok pun...aduh.

Terima kasih kerana beritahu.