Halaman

Sabtu, 25 Februari 2017

Bila Dia Terjaga...



Bila terjaga sahaja ibu_suri dari tidur ertinya bermulalah tugas rutin aku yang menuntut ketabahan.

Pagi ini aku mati idea nak sediakan sarapan apa. Silapnya malam tadi aku tak singgah kedai bakery untuk mencari roti.

Nak keluar membeli hanya kerana sebungkus nasi lemak teramatlah malas.

Selera aku boleh dengan hanya mengunyah 2 keping roti wholemeal setiap pagi beserta secawan teh cina tapi tidak bagi ibu_suri. Tekaknya begitu choosy...

Teringat masih ada stok mi maggie. Ada perisa seafood,  cili hijau dan kari. Aku ambil bungkus mi kari. Yang ini pun belum tentu dia akan habis memakannya apatahlagi perasa seafood atau cili hijau yang memang jarang dia makan.

Oleh kerana tong gas kat dapur aku dah kena curi bulan lepas,  aku masak guna periuk nasi letrik sahaja.

Bila dah siap, aku aturkan ke atas talam beserta semug milo dan 2 bekas ubat untuk pagi dan malam.

Bawa masuk ke dalam bilik beserta dengan sekuntum senyuman mancing mood yang baik.

"Makanlah... Pagi ini menu special. " ujarku dengan harapan ini bertepatan dengan seleranya.

Aku kembali ke dapur mengekap meja yang berselerak.

Tak sampai seminit, kedengaran suara ibu_suri.

Ah... Tau dah!


5 ulasan:

Murni Alysa berkata...

Untung ibu suri dapat IM sbg suami..saya teringat lg masa baru kawen dan saya demam..suami saya masakkan bubur segera negi untuk saya..tapi tak sempat makan pingan dah pecah..macam mana dia buat pon taktau..last2 dia start keta p beli bubur mcD kat saya..hahaha

Kakcik Nur berkata...

Ketabahan yang pasti ada ganjarannya walaupun tidak kelihatan...

makchaq berkata...

Kalau masak meggi kat cucu mesti melompat seronok.. bagi kat maktok slow sikit la..
IM beli dapoq portable yg pakan gas dlm can tu. Boleh setakat nak masak sikit

Kamsiah Yusoff berkata...

tekak saya ni tak boleh terima megi berkuah..kalau yg goreng laju ja..

LadyBird berkata...

Kalu bc sal megi je mesti rs nk mkn megi lps tu. Huhu..

Semoga Allah terus bagi ketabahan. Ameeenn