Halaman

Khamis, 23 Februari 2017

Citarasa Yang Tak Terbendung...


Habit yang tidak boleh aku bendung dari muda hinggalah ke tua begini ialah meneguk minuman 3in1. Sekiranya aku bercerita kepada orang apatah lagi doktor tentulah berkati kati nasihat mereka. Sebab itulah aku diamkan dari bercerita.

Aku paling suka minum teh tarik Alitea. Sayangnya,  ia cuma mudah dibeli di pasaraya dan tidak di kedai kedai sekitar tamanku.

Ini semua adalah gara gara kebiasaan sejak bekerja.  Bila membeli teh atau kopi dari kafetaria, rasa teh atau kopi itu tak menentu.  Kekadang pedak kekadang ceroi. Kena beratur yang kekadang itu agak lama.

Maka cara paling cepat ialah dengan memasukkan syiling ke slot vending machine dan tekan punat mana mana jenis minuman yang serasi dengan citarasa.

Dipalit pula dengan kesibukan ibu_suri yang ditugaskan untuk menjaga tadika yang baru sahaja diresmikan pembukaannya.  Menambah jarak rajin dia yang memang tak berapa minat ke dapur...

Jadinya,  makan kami anak beranak selalunya nasi bungkus atau lansung di restoran sahaja.

Tahun 2007, ibu_suri di serang mild stroke.  Maka kebergantungan sarapan beli kedai atau segera siap semakin menjadi kebiasaan.

Hendaknya jika ada tawaran mug istimewa pada pack minuman yang dijual,  ianya semakin menarik minat aku untuk membeli jenama itu.

Nak kata minat sangat kumpul mug,  tidak jugak.  Tapi tak banyak sikit ada la...

3 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Tapi memang kena kurangkanlah minum 3in1 itu IM
Apa lagi bila dah dah usia 'remaja lama' ni hihi...
Tapi sedap itu yg payah nak tinggal ye:)

makchaq berkata...

Sari sekali dua ok kot..
elok jugak x dak juai dekat2 rumah.. kalau tidak lagi sakan minum...

Kami sekeluarga tak suka minum bersusu/krim..
Teh o la selalunya..


SalbiahM berkata...

3 in 1 ni saya suka kopi pak belalang dan nestum cereal tu. mudah untuk orang bujang. lagi-lagi kalau di pejabat. nak pergi cafe bak kata IM, kena beratur pula