Ahad, 19 Februari 2017

Kerinduan

Sambil memicit-micit kakinya yang selalu mengadu sakit-sakit, ibu_suri memberitahu bahawa sekali lagi dia bermimpi Akhmal balik ke rumah.

Taulah aku bahawa kerinduan seorang ibu walaupun sekadar ibu angkat itu sedang memuncak.

Namun sebenarnya aku perasan, Akhmal ada balik ke rumah hampir setiap hujung minggu.  Dia balik ketika kami tiada di rumah waktu malam.

Aku tahu itu pabila mendapati beberapa stok makanan ringan serta paket minuman 3in1 telah berkurangan di kabinet dapur.

1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Semuga ibu_suri dapat bertemu Akhmal untuk mengubat kerinduannya.