Jumaat, 24 Mac 2017

SURAT BERANAK

Akhmal tiba tiba saja muncul di pintu.

"Kawan Akhmal ada mai rumah? "

"Tak ada"

"Kencing la tu... "

Aku diam saja terus ke bilik sterika baju.

Dia kemudiannya...  boom di katil. Dengar bunyi dia godek godek talipon.

Lebih setengah jam kemudian dia bangun.  Ke dapur,  buka peti ais dan togok air dingin dari dalam botol.

"Mandilah Akhmal.  Serabut je ayah tengok kamu ni... "

Mundar mandir dia ke bilik dannke dapur.

"Ayah, minta 5 ringgit. "

Seluk poket,  ada rm4 sahaja. Walaupun di bawahnya ada rm10 aku tak boleh bagi.  Bagi berapa pun dia ni akan habis...

"Kamu kena berubah Akhmal.  Sampai bila nak jadi macam ni.  Carilah kerja. Kamu dah besar... "

Ambil duit dan menolak motor keluar pintu.

"Nah kunci rumah.  Nanti kalau kawan Akhmal pulangkan motor,  bagi surat beranak Akhmal kat dia."

Tersentap juga aku seketika. Marah tu. Lain macam bunyinya.

"Surat beranak kamu mana ada.  Hilang."

"Kamu nak buat apa dengan surat beranak tu? "

Sambil otak aku ligat berlegar... berfikir akan logiknya keperluan urusan yang memerlukan surat beranak berbanding memadai dengan kad pengenalan sahaja.

Dia menyentak motor dengan keras.

"Nah kunci rumah" lalu meletakkan di bibir pintu.

"Sat lagi bagi surat beranak tu... " sambil menderam pergi.

Aku jadi resah...

5 ulasan:

Bearcat berkata...

Tertanya-tanya juga saya apa urusan yang memerlukan surat beranak ya?

Kamsiah yusoff berkata...

kadang2 terbit rasa 'geram' jugak dgn perangai Akhmal ni

makchaq berkata...

Surat beranak kalau hilang boleh pi dapatkan salinanyang baru. Suruh la Akhmal pi ambik sendiri kat jabatan pendaftaran.

Adam berkata...

Cerita ni tentang surat beranak atau cerita akmal?
Nanti saya baca lagi sekali.

truongmuunghenhan berkata...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.