Halaman

Isnin, 22 Mei 2017

Bingung

Aku takada topik khusus untuk menulis kali ini. Ikut sahajalah jari-jari ini mengetuk mana mana sahaja huruf di papan kekunci melalui gerak hati.

Cucuku Marissa demam sudah 2 hari. Kata Angah, panas badannya masih turun naik; belum nampak kebah. Aku suruh dia rujuk ke hospital sekali lagi.

Malangnya, Angah pula tak bekerja hari ini kerana sakit pinggang, katanya. Beberapa hari lepas dia terjatuh semasa hendak menyelenggara lori mixernya. Hendak bergerak pun sakit teramat.

Bingung pula aku memikirkan hal-hal ini. Ekonomi keluarga Angah tidaklah sestabil mana walaupun aku sudah usahakan dia untuk memiliki lori mixer sendiri dengan harapan pendapatan dari lori itu dapat 100% ke tangannya; bukan lagi stail makan gaji.

Aku masih lagi perlu membantunya dalam bentuk wang ringgit hingga wang ringgit simpanan aku sendiri semakin susut. Ini pun merisaukan aku juga.

Isu Marissa, Angah ditambah dengan ibu_suri yang semakin kerap rengeknya kerana rindukan Akhmal dan kerisauan aku sendiri yang tertanya-tanya akan nasib makan minum dan tidur Akhmal sekarang ini kian membebani dadaku.

Termemnung sendiri mengenang ini semua. Tak habis-habis dan seakan tiada cahaya di penghujungnya.

Sendirian menanggung tanpa ada teman berkongsi mencari jalan penyelesaian. Bingung juga aku.

Di mana silap aku sebagai ketua rumahtangga, sebagai bapa dan sebagai suami? Juga mungkin sebagai anak?

6 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Semoga segala kekusutan dapat dileraikan satu persatu.

Nor Azimah berkata...

IM, banyakkan rintihan kpd Allah...

Mak idah berkata...

Bertenang dan banyakkan bersabar,mohon pertolongan Allah agar dpt meringankan beban yg ditanggung IM.

Bearcat berkata...

Ini semua ujian, ini semua dugaan daripada Allah. Bersabarlah IM. Jalani hidup ini dengan tenang dan lapang dada.

umi alya berkata...

Sabar ya IM.. mg Allah permudahkan semuanya, aamiin..

Tanpa Nama berkata...

Bila terjatuh pergi lah berurut.. sblm tu pergi xray. Kot ada yg terretak terpatah terseliuh.. kdian baru pergi urut.

Kalau kerja sendiri ni kalau tak hati hati.. tak boleh cari makan.. so hati hati.
Kena lasak..
Takde kerja takde gaji..
Harap anak jaga expenditure dan lifestye dgn cermat ...sebabkerja sendiri ni ada pasang surut..