Halaman

Rabu, 24 Mei 2017

Demam


Kasihan Marissa, cucu sulongku. Tinggi suhu badannya mencecah 40 deg C hingga menyebabkan matanya menjadi merah. Suram wajahnya. Tak lalu makan.

Semalam, Angah merujuknya sekali lagi ke Hospital Seberang Jaya. Seperti kali pertama, doktor cuma ambil sampel darah, bagi ubat dan suruh berehat di rumah.

Sudah 3 harilah juga dia tak ke tadika. Hanya berbaring dan merengek dek tidak selesa.

Yang aku bimbang, bila badan terlalu panas bagi kanak-kanak seumur dia ialah kekejangan otot atau 'tarik'. Justru itu aku agak kecewa juga bila doktor tidak mengarahkan Marissa supaya diwadkan. Mungkin kerana katil wad untuk kanak-kanak dah penuh. Atau mungkin juga setakat demam, tidaklah menjadi isu kecemasan seperti kes lain yang kritikal yang mereka hadapi sekarang.

Apapun, aku selaku orang tua berperanan menjadi penenteram suasana kepada Angah, Ayu, ibu_suri malah Marissa sendiri. Aku selalu suarakan perkataan positif seperti... 

'tak mengapa. nanti baiklah dia.'

'letak tuala basah sejuk di kepala jika badannya panas nanti.'

'jangan lupa bagi ubat ikut jadual. habiskan antibiotik.'

Tapi dalam hati sebenarnya aku tetap juga bimbang. Dan berdoa muga tidak ada ujian yang lebih berat dari sekadar demam yangmana itu adalah lumrah bagi kanak-kanak yang sedang membesar...

5 ulasan:

umi alya berkata...

40`c tinggi sgt tu IIM, kalu boleh mndikn dia, pakai pakaian nipis, jgn selimut tebal, jgn lupa bg ubat ikut masa..

Nor Azimah berkata...

Smp merah urat mata tu, mmg tinggi sgt panasnya tu, moga cucu IM cepat sembuh ye

Warisan Petani berkata...

Mudah2an cepat sembuhnya.

Mak idah berkata...

Semoga cucunya cepat sembuh.saya selalu risau kalau cucu demam, Alhamdulillah cucu saya jarang demam.

G berkata...

Kalau demam panas beri nya minum air kelapa muda. Dan air kosong banyak.. biat flush semua dan temperature turun.. air kelapa muda cepat buang air.
Juga beri air rebusan barli. Itu juga elok buang panas dan beraihkan badan