Halaman

Khamis, 18 Mei 2017

Tak Balik

Sejak seminggu dua ini ibu_suri dah mula bercakap tentang Akhmal. Hingga terbawa dalam mimpi.

Memang Akhmal dah lama tak balik. Mungkin dah dua bulan malah mungkin lebih. Tidak ada tanda-tanda dia balik ke rumah. 

Aku cuba curi curi jenguk akaun FB dia atau FB Nadia, girlfriend dia tapi tiada status terbaru. 

Bukan ibu_suri saja yang tertanya, aku juga. Bagaimana makan minum dia? Tidurnya di mana?

Bila ada bunyi motor lalu di depan rumah waktu petang atau malam, ibu_suri nanti pasang telinga. Aku pula yang berdebar-debar dada. Dalam pada aku teringat dan bimbang makan minum dan tidurnya, tapi jauh di sudut hati aku lebih selesa seperti sekarang; tiada dia di rumah. Lebih tenang, tak serabut dengan kerenah dia bersama kawan-kawan dia.

Tak tahu berapa lama keadaan Akhmal tidak lansung balik ke rumah ini dapat diterima oleh ibu_suri. Setiap kali dia merengek minta aku carikan dia, aku beralasan tak perlu risau sebab dia lelaki dan dah besar panjang.

Aku berserah sahaja kepada Tuhan. Tak mahu memikirkan sesuatu yang tak tercapai tangan. Kekadang terbit rasa bersalah kerana gagal menjadikan dia sebagai manusia yang baik.

Kekadang juga aku seperti masih  menyimpan marah atas kedegilan ibu_suri yang tetap mahu mengambil Akhmal sebagai anak angkat sekalipun aku membantah dan melarang.

Aku sebenarnya rindukan sebuah keluarga yang sederhana tanpa masaalah besar. Cemburu juga melihatkan kawan kawan.

Tahap rindu ibu_suri kepada belum lagi ke tahap mengeluarkan airmata. Namun aku rasa satu hari nanti akan berderai juga...

6 ulasan:

munirah mansor berkata...

Semoga Akhmal berada di dalam lindunganNya

Warisan Petani berkata...

Semuga terlerai segala kekusutan.

umi alya berkata...

Kesianya ibu suri, kerinduan terhadap anak membuak2 w/pun dia anak angkat cuma, naluri seorang ibu sememangnya begitu.

Ruginya Akhmal tidak mahu menghargai kasih sayang ini, mg dia sedar akhirnya jalan yang dia pilih ini adalah salah dan merugikan diri sendiri.

Kita doakan yang terbaik buat Akhmal, aamiin...

saniah ibrahim berkata...

Betul IM ...naluri ibu ni halus...walaupun bagaimana pun anak tetap akan diterima nya.Mudah2an terbuka hati Akmal kembali ke pangkal jalan.

Tanpa Nama berkata...

Minta tolong dengan pengasih masalah si akhmal supaya mereka dapat membimbing dan mendidik si akhmal ni.

Tanpa Nama berkata...

http://pengasih.org/contact-us/

Di ipoh