Halaman

Ahad, 30 Julai 2017

Di Bengkel



Aku berada di sini sejak semalam; mengendali fasiliti 'Bengkel Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Untuk Taska Dan Tadika' anjuran IKRAM Seberang Perai Tengah
di Surau Taman Pauh Jaya.

Bengkel ini dibawa oleh Puan Jameeyah Sheriff dari Competency in Early Childhood Development (CECD).

Aku diberitahu, CECD adalah milik bangsa Cina. Beliau diberi gaji 5 angka. Wow...

Bila mengikuti sepanjang bengkel maka saya akui akan pengetahuan dan pengalamannya yang tinggi dan luas. Dan 5 angka itu memang selayaknya.

Hari ini aku rasa sedikit letih dan sakit kepala yang ringan. Perasan bahawa aku sudah tidak secergas dulu.

Balik, bukan dapat terus rehat malah akan ke dapur untuk sediakan makan ibu_suri, kemas dapur yang berselerak dan sediakan ubat.

Lepas Isyak, kena pula bawa ibu_suri jalan jalan hingga lewat malam. Wajib!

Agaknya fizikal+jiwa itu membuat tidak bermaya itu menambah...

5 ulasan:

umi alya berkata...

Gayanya IM kena ambil makanan tambahan tu..

Bila dah semakin berusia, stamina kitapun tidak secergas dulu

insan marhaen berkata...

Betul tu. Saya cuma amal pengambilan minyak zaitun 2x1 sudu setiap hari. Yang lain saya tak reti...

Nor Azimah berkata...

Lama IM menyepi.

makchaq berkata...

Dah separuh abad ni kena kayuh pelan2 IM...
Utama kan yg penting dulu... ada tenaga lebih baru buat hat lain pulak..

naimah wahab berkata...

Air kosong dan rehat yang mencukupi pun perlu diambil. Semoga IM terus diberikan kesihatan dan kekuatan :)