Halaman

Jumaat, 25 Ogos 2017

OPPO A57


Lama tak menulis. Tangan dan jiwa ini tetap gatal nak menaip sebenarnya tapi sejak hilangnya laptop merencat semuanya. Kekadang seperti kecewa dengan apa yang telah berlaku. Kekadang rasa seperti mahu merajuk sejauh-jauhnya.

Talipon yang aku ada sekarang- Alcatel Pixie4 dah mula rosak walaupun umurnya di tanganku baru setahun jagung. Asyik loading je... Skrin pun dah bergetar ikut suka dia. Belian harga murah, gitulah kesudahan gamaknya.

Along kata, spesifikasi talipon aku ni memang rendah - 1gb RAM dengan 8gb memori tidak boleh menampung apps dan gambar/video yang banyak. Processor juga agak out of date. Iklan kat tv segmen WOW punyalah hebat. Semasa aku beli dulu 'Along taklah berapa setuju', katanya. 'Tapi dah ayah tergedik-gedik nak juga, Along tak terkata apa...'

Aku mula berkira-kira nak beli yang lebih baik. Sejarah belian talipon aku memang tak lebih dari harga RM400. Habih pikir dah tu.

Kali ini aku rasa nak beli yang mahal sikit. Maksud aku talipon yang lebih  power . Aku dah mula mengintai OPPO A57 di AEON BIG, Seberang Jaya. Skrin 5.2". Nak beli yang skrin OPPO A77 skrin 5.5" mak aiii.... ribu-ribulah pulak harganya.

Tapi, 5.2" ni pun aku berfikir dah lebih seminggu. Harga dalam 7~8 ratus tu, gigil jugalah tangan aku nak keluar duit dari dompet. Lagi gigil ialah bila terkenang akan nasibnya kelak jika ditakdirkan Tuhan sama macam talipon aku sebelum sebelum ini yang hilang di gagau anak aku yang sorang tu.

Sejarah pemakaian talipon ni, dah puluh bijilah aku guna. Samada hilang atau yang banyaknya kena'curi'. Sebab itu aku fobia beli hat yang harga mahal ni. Harga murah kalau kena 'curi' pun taklah ralat sangat.

Habis, sampai bilalah aku nak guna yang sempoi sikit?

Along kata, 'ayah boleh beli yang murah sikit... ASUS Live. Skrin 5" . Ayah dah biasa guna ASUS sebelum ini. Mungkin sesuai dengan ayah...' ujar Along.

Aku suka OPPO sebab design luarannya yang rata, nipis dan ringan. ASUS Live juga begitu. Xiomi juga macam tu. Depa ni mula tiru design iPhone.

Mungkin trend design talipon sekarang ke arah itu...

Jadi, bila aku nak membelinya? Asyik bebel je. Duit di tangan dah mula keluar sekeping demi sekeping?

Ntahlah.... dok fikir... dok layan fobia tak habeh lagi ni! Harap kat Along suruh beli, dia suruh aku pi ushar kat kedai di sini dulu. Macamlah aku ni jenis eye shopping....

Hai lah anak... Tak boleh nak paham perasaan ayah ngko yang sorang ni!

4 ulasan:

SmBotak berkata...

kebetulan, saya baru baca artikel ni. mungkin boleh rujuk sikit kot.

https://www.rotikaya.com/5-telefon-pintar-terbaik-di-bawah-rm800/

insan marhaen berkata...

TQ. Lama tak baca blog tuan. Masih memburu hotwheels?

Saya selalu tertanya, boleh percaya ke belian barangan berharga secara online?

umi alya berkata...

Yalah im, jika satu2 hilang tanpa dikesan, sayapun kecewa nak beli yang mahal2 tapi itulah jika nak ambil gambar cantik dan berblog dengan lancar, berbaloi beli yang mahal dan besar gb.

bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

insan marhaen berkata...

betul tu. bila nak tulis blog memang payah kalau talipon lembab macam siput...