Halaman

Jumaat, 6 Oktober 2017

Tanggungjawap


Rupanya dah 5 bulan aku bekerja di sini. Syarikat yang pada dasarnya ditubuhkan untuk menyokong aktiviti NGO yang aku dinaungi. Gajinya taklah banyak mana. Kalau nak diikutkan tak cukup pun untuk sara aku dan ibu_suri.

Untuk berjimat, aku terpaksa kekang bajet. Aku kawal beli makan aku sendiri. Yang lain-lain seperti bil letrik, minyak kereta, support kewangan adik yang jaga mak serta lain-lain terpaksa aku mengikut arus.

Tadi bos aku ( yang bila di luar adalah kawan sebenarnya ) menceritakan serba sedikit latarbelakang syarikat, masaalah titik bengik dan harapannya kepada aku yang pada kiraannya telah banyak membantu dalam menyusun sistem fail, kewangan dan kerja-kerja luar.

Tapi yang menegakkan bulu roma ialah bila dia mahu aku ambil aleh salah satu dari unit kecil di bawah syarikat ini untuk diurus sepenuhnya. Manalah aku reti jadi bos.

Fikir panjang juga aku sedari tadi hingga sekarang...

Untuk membolehkan aku memegang salah satu unit di bawah syarikat ini, tahap usrah aku perlu dinaikkan dari 02 kepada 03. Itu syarat yang ditetapkan oleh NGO aku jika mahu dipilih ke dalam kumpulan kepimpinan.

Usrah 03 bukan calang-calang. Sesiapa dalam usrah ini, semua ibadah yang sunat kena mantap dan dipantau setiap minggu. Solat, puasa, baca Quran, Mathurat dan lain-lain. Tak termasuk Mukhayyam, Daurah dan serba serbinya kena hadir.

Dengan tanggungjawap yang aku sedang pikul yakni menjaga ibu_suri dan sesekali masaalah Akhmal rasa macam mahu sahaja aku menolaknya.

Tetapi.... itulah!

Patutlah aritu bos bagi buku ni untuk dibaca. Baru habis 3 muka surat. Berat juga bahan di dalamnya...

3 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Pasti boss itu sudah mengkaji keupayaan IM sebelum beliau menwarkan jawatan tersebut. InsyaAllah IM boleh melakukannya.

umi alya berkata...

Susah juga bila fikir tentang ibu suri jika keja luar nnt..

mamapp berkata...

Bagusnya syarikat macam. I ye. Menggalakkan staff beribadat sebegitu. Sepatutnya mcm nilah ibadat Dan keejaya x payah diasingkan