Isnin, 9 Oktober 2017

Tu La Pasai...

Pagi ini aku ke Klinik Kesihatan Kubang Semang jumpa doktor seperti jadual temujanji.

Doktor semak laporan keputusan pemeriksaan darah yang dibuat sebelum ini.

'Awak ada ... 1, 2, 3... Jika awak tak jaga kesihatan awak boleh dapat 1, 2, 3, 4....'

Ala... Doktor ni. Cakaplah pelan pelan. Saikologi le sikit. Ada tekanan darah aku naik sikit kang jadi lagi tinggi.

Tu la pasai pa dulu aku malas nak check walaupun ramai kawan aku suruh pi.


Nampaknya aku kena bukak fail satu lagi selepas fail ibu_suri.

Langkah pertama aku ke arah temujanji baru 2 bulan lagi ialah... Kurangkan 3in1 sebanyak 75% dan ganti dengan air kosong.

Boleh ke tu? Ntah!

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Minum air kosong banyak-banyak walaupun selepas itu asyik berulang ke tandas. Air kosong baik untuk kesihatan selagi tak kena penyakit buah pinggang... :)

Nor Azimah Ali berkata...

Jagalah kesihatan, kesihatan itu Mahal.

insan marhaen berkata...

Alhamdulillah, doktor kata buah pinggang saya masih baik. Tu yang saya nak jaga sekarang ni...

insan marhaen berkata...

Betul. Kesihatan tak boleh diperbaiki jika sudah rosak. Cuma boleh dipertahankan sahaja...

mamapp berkata...

Kurangkan minum air manis Dan amalkan Gaya hidup yg sihat. Chaiyok2