Halaman

Khamis, 23 November 2017

Balik ke LUMUT

Aku ada menulis tentang keresahan hari semalam di sini: 


Sebenarnya ia berpunca dari Akhmal yang tiba-tiba sahaja balik ke rumah dengan sebundut pakaian. Masuk ke mesin basuh kemudian bertanya aku tentang sabun ketika aku sedang lena lena ayam di katil.

Aku menjawap acuh tak acuh. Bau badannya yang busuk memberi faham kepada aku bahawa dia dalam keadaan kusut masai.

Aku masih pura-pura lena tetapi memasang telinga akan perbualan dia dengan ibu_suri. Hati aku memang akan resah setiap kali bila dia balik. Memang begitu. Bukan benci dia tapi kurang senang dengan sikap dia dulu dan kini.

Aku akhirnya bangun kerana tidak mahu nanti di cop sebagai tidak peduli bila dia balik. Aku duduk di kerusi panjang. Aku lihat dia keluar masuk rumah yangmana di luar hujan sederhana lebat.

'Ayah hantar Akhmal esok kat stesyen bas, ya. Akhmal nak balik Lumut' ujarnya.

Aku diam. Kurang selesa juga bila mendengar nama LUMUT itu yang aku agak merujuk kepada rumah mak kandungnya. Ada yang tak kena dengan Akhmal ni, fikirku.

'Kamu okey ke ni?' soalku bila ntah keberapa kalinya dia masuk dan meracau-racau seolah kecilhati dengan aku yang layan tak layan akan baliknya dia ke rumah.

Membawa balik sebukut pakaian memberi makna dia seperti tidak akan balik ke rumah sewanya di Alma atau ada apa apa hal yang berlaku menyebabkan dia melarikan diri dari sesuatu.

Dia duduk di kerusi sebelahku. Tunduk memandang lantai.

'Akhmal nak balik Lumutlah. Kat rumah ni ayah pun macam tak suka je Akhmal balik. Ayah buat layan tak layan. Malaslah. Nanti kalau duduk sini ada barang hilang ke, ayah tuduh Akhmal.'

Dia kelihatan sebak. Kakinya yang kurus kering itu memijak antara satu sama lain. Tangannya menggigil seperti takut atau serba salah. Aku kenal anak aku. Dia tak ok ni...

Aku seluk kocek dan beri dia RM50.

'Cukup?'... 

Diam.

Aku hulur lagi RM50.

'Ayah dah tak ada duit simpan sekarang. Hidup ayah semata-mata mengharapkan gaji kerja ayah sekarang yang tak banyak macam dulu. Ayah tak boleh bagi kamu selalu. Gaji ayah yang ada ini pun kalau nak diikutkan tidak cukup untuk makan pakai ayah dengan ibu.' terangku walaupun agaki berat sebab boleh jangka respon negatifnya nanti.

Dia menolak duit tambahan RM50. Bangun dan terkocoh-kocoh mengeluarkan semula pakaiannya dari dalam mesin yang masih di dalam proses 'basuh'.

'Biarlah dia basuh habis dulu, nanti bila dah kering ayah sidaikan...' laungku.

'Takpa arrghh...'

Kemudian memikul beg plastik ke kereta kawannya yang sedang menunggu di luar.

Aku memerhati dari sisi pintu gelansarku sehingga hilang bunyi derum kereta di telan hujan malam.

Tidurku malam itu memang tidur yang tidak tenteramkan hingga diulit mimpi yang merapung parang sekeper......

4 ulasan:

umi alya berkata...

Akhmal2.. kdg2 pelik dgn kelakuannya.

Sabar ya IM, moga dpermudahkanNya, aamiin..

Nor Azimah berkata...

Bilalah dia nak sedar tu Kan? Balik Lumut pun mak kandung dia nak terima ke?

SmBotak berkata...

salam, akaun facebook abang IM dah tak aktif ke. tak jumpa pulak. dalam setahun dua ni saya akan kerap ulang alik ke penang. kalau ada rezeki/kesempatan mungkin akan singgah berziarah.

Etuza Etuza berkata...

Marilah bersabar apabila di ujiNya..