Jumaat, 24 Mei 2019

Munirahku

Along tadi kirimkan aku satu catatan dari laman blog Siakapkeli perihal isteri seseorang yang diserang angin ahmar. Walaupun tidaklah 100% sama seperti ibu_suri akan tetapi keadaan sepertimana isterinya hilang sebahagiannya ingatan dan perlu belajar semula abc dan 123 itu samalah seperti ibu_suri.

Aku terpanggil untuk kongsikan kisah ini di sini buat renungan kita bersama. Disamping itu jangan lupa doakan si suami ini agar tabah dalam menghadapi ujian dan tekanan ini. Memang berat. Memang menekan. Memang menuntut berbillion kesabaran.

Aku masih beruntung sebab semasa tragedi itu berlaku ke atas ibu_suri, anak-anak aku sudah besar sedangkan dia masih memiliki anak yang masih kecil. Dia juga masih muda.

Huruf yang aku bold dan berwarna biru itu adalah keadaan yang sama yang aku lalui dan ibu_suri hadapi.

https://siakapkeli.my/2019/05/23/isteri-asyik-mengadu-sakit-kepala-diserang-strok-seawal-usia-28-tahun-sehingga-hilang-ingatan/
.
.
.

Angin ahmar juga dikenali sebagai strok merupakan antara penyakit yang menjadi ketakutan dan ‘menghantui’ masyarat dunia termasuk di Malaysia. Hsopital Kuala Lumpur pernah mencatatkan kematian yang melibatkan kes pengidap angin ahmar sebanyak 30 hingga 35 peratus dan jumlah tersebut dikatakan semakin meningkat.
Pada kebiasaannya, pengidap akan mengalami simptom awal seperti berasa lemah badan, sehingga ada yang pengsan. Ia adalah keadaan di mana salur darah pecah mahupun penyempitan salur darah kebahagian otak. Ini akan menyebabkan kurangnya bekalan oksigen dan membuatkan sebahagian tisu otak rosak.
Semalam, Siakap Keli ada menyiarkan artikel mengenai tanda awal penyakit ini. Lalu, ia mendapat pelbagai reaksi, pandangan dan perkongsian dari netizen. Tapi ada satu komen yang nyata menarik perhatian penulis iaitu perkongsian yang ditulis oleh Syuhaib Mun.
Terpanggil untuk mengetahui kisahnya dengan lebih mendalam, penulis telah menghubungi beliau untuk bertanya. Menurutnya :

Aku Rasa Aku Manusia Beruntung, Aku Bersyukur Dengan Kebahagiaanku

Aku bekerja sebagai service technician yang miliki segalanya, ada seorang isteri yang baik dan dua orang anak yang menghiasi hari-hari kami. Bagi aku, hidup sederhanaku ini lebih dari cukup, aku bersyukur. Isteriku juga bekerja, Munirah namanya, dia merupakan sales associate.




Gambar : Syuhaib Mun

Sangkakan semua akan terus begini, tapi jangkaan ku khilaf. Aku diuji.

Hari itu tidak seperti selalu, masih aku ingat, mustahil untuk aku lupa. 12 Januari 2019, ketika itu waktu Isyak, Munirah masuk hendak pergi ke bilik air, tapi ketika sampai di pintu, dia jeda. Hanya diam tak berkutik sedikit pun, hanya berdiri di situ. Aku memandangnya, aneh melihat perilakunya.
“Aku melihat dia seolah-olah tersenyum tapi senget ke sebelah kiri. Aku penasaran, apa yang lawaknya? Kenapa dia tiba-tiba senyum sebegitu?”
Aku yang waktu itu sedang melayan kerenah anak-anak terus menerus bertanyanya. Munirah melangkah ke arahku, tepat ke arah sofa tempat aku duduk. Aku tak putus asa, pelik melihat gelagat dia yang tersenyum kidum. Aku memandangnya, tapi kali ini aku terkejut, aku lihat air liurnya sudah mengalir jatuh ke bawah. Aku terkejut!
Aku lantas menghubungi ambulans dan dibawak ke Hospital Bukit Mertajam. Saat berada dalam ambulans, isteriku seolah-olah tidak mengenal diriku. Aku risau, benar-benar gundah. Setahu aku sebelum ini Munirah tidak pernah ada masalah darah tinggi atau kolestrol. Malah, beliau juga takda komplikasi sewaktu bersalin.



Gambar : Syuhaib Mun

Allah Saja Mengerti Perasaanku

Memang Allah sahaja tempat aku mengadu, waktu keputusan MRI keluar, doktor maklumkan bahawa main artery Munirah tersumbat. Hampir aku terduduk, doktor kata:

“Muscles untuk pembuangan air kecil tak berfungsi, tangan , kaki tak boleh bergerak, malah keadaan (penyakit) ini turut memberi kesan kepada memori dan kemahirannya untuk menulis, membaca dan bercakap.”

Ya Allah, Puas aku usaha dan tawakal kepadamu. Aku cuba buat apa yang termampu. Sekarang dia hanya mampu untuk mumbling atau humming sahaja. Aku sendiri tak sanggup melihat isteri kesayanganku bersedih.

Pernah satu hari tu dia mintak aku lepaskan dia, mengucap panjang aku!

Bayangkan dia seorang wanita yang cekal dan kuat, tetapi setelah diduga begini, dia seakan-akan putus asa. Aku pandang dia, aku cakap,

“Kau isteri aku, tanggungjawab aku, aku kawin dengan kau sebab Allah, selagi aku bernafas, Insyallah sampai ke akhir nyawa aku pun, aku akan tetap jaga kau..”

Lepas je aku cakap macam tu, alhamdulillah dia langsung tak pernah sebut dah pasal benda tu. Aku nampak dia makin bersemangat, fizikal dia pun semakin lama makin sihat. Cuma sekarang dia cuba mengingati, belajar huruf ABC dan Nombor 123.



Gambar : Syuhaib Mun

Tapi macam aku bersyukur, cukup bersyukur dikelilingi orang yang membantu, memberi sokongan dan Allah sentiasa permudahkan urusan aku. Syarikat Munirah beri dia cuti, cuma tanpa gaji. Mereka masih beri peluang untuk isteri aku pulih macam dulu.
Aku mintak, bulan-bulan puasa ni orang ramai doakan kemudahkan urusan aku. Moga kita semua dalam lindungan-Nya.
Sumber : Syuhaib Mun

3 ulasan:

Normala Saad berkata...

Dugaan Tuhan untuk insan terpilih. Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.

mamapp berkata...

Arwah mak mama diserang strok juga.. mmg mencabar Dan semoga sesiapa yg sedang menderita angin Ahmad mama doakan semoga mereka kembali sihat

bam dum tus berkata...


cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
WA : +85587781483