Selasa, 1 Oktober 2019

Naluri Seorang Ibu...

Semalam, bila aku balik ke rumah tengahari seperti selalu untuk mengambil cucuku DQ dari tadika dan memantau ibu_suri, rasa sedikit kelainan kerana melihat AAA tidak ada tidur di depan tv. Aku jengah ke bilik bilik dengan langsir sedia terselak. Makanan yang aku beli pagi tadi di dapur tidak berusik. Duit yang aku letak di bawah kotak tisu tepi tv juga tidak berusik.

Motor juga dalam keadaan sama seperti aku keluar ke tempat kerja pagi tadi. Selipar dia juga masih ada.

Aku menyediakan makanan ibu_suri seperti biasa dan wajah muka yang seperti tidak ada apa-apa yang berat yang aku fikirkan.

'Akhmal mana?' sengaja aku bertanya.

'Ada kat depan?' soal ibu_suri semula.

Aku diam, menukar tajuk perbualan lain sambil mengusik cucuku DQ yang mula membuka beg sekolahnya, membelek buku. Aku tahu, ibu_suri tak sedar apa yang dah berlaku di dalam rumahku tadi. Semasa aku tiba dan menguak pintu bilik, ibu_suri masih enak berdengkur.

Aku mula mengagak... mungkin kah dia di cekup polis atau AADK? Kalau polis selalunya mereka datang di tengah malam sewaktu kebanyakan jiran sudah tidur. 

Tengahari tadi aku tiba-tiba mendapat panggilan dari nombor yang tidak berdaftar dalam simkad taliponku. Aku mengagak bahawa ini mungkin panggilan berkaitan AAA. Dan memang tidak salah... panggilan dari ipd.

Ada sesaorang membuat aduan tentang AAA di balai. 

Perasaan sebagai seorang ayah? 

Masuk kali ini mungkin sudah 4 atau 5 kali dia dicekup atau dibawa ke ipd. Sudah biasa namun hati dan perasaan memang bercampur baur antara elok juga dia ditangkap supaya terhenti sekejap aktiviti tidak sihatnya itu tetapi juga jauh di hati terasa sayu dan sebak bila mengenangkan nasib masa depan dia dan apa respon dari ibu_suri nanti yang amat sayang kepada anak-anak, cucu dan menantunya.

Di dapati memiliki 0.25 gram dadah dan aku percaya jika dilakukan urine test juga akan positif. Ini melihatkan dari apa yang berlaku sebelum itu; bergaduh dengan kawannya yang datang menuntut hutang hingga ke tahap dia mengambil golok yang aku simpan. Mujur aku sempat menahan dan menyuruh kawannya itu balik dulu walaupun kawannya itu nampak seperti mahu melawan.

Entah lah. Takat ini saja yang aku dapat menulis. Sekadar merakamkan apa yang telah berlaku dalam kalendar hidupku terkini.

Malam ini aku akan berjumpa dengan polis yang memegang kes AAA. Pastinya ibu_suri masih belum tahu secara nyata tapi aku dapat rasakan ibu_suri pun dapat mengesyaki sesuatu. Naluri seorang ibu kan... walaupun bukan ibu kandung namun telah menjaganya sejak umur 2 hari.

Doakan yang baik-baik agar aku dapat menangani situasi ini dengan tenang dan sewajarnya!


13 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

IM,saya yg membacanya pun turut merasa kekusutan yg dialami..mudah2an pengakhiran yg baik2 ja utk Anakanda..

AtieYusof berkata...

Moga di di permudahkan buat IM untuk mengurus semuanya.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul...
moga di beri keinsafan buat ananda IM & Ibu Suri..

Kakcik Seroja berkata...

Semoga dipermudahkan IM...

Umialya berkata...

Berat mata memandang, berat lqgi bahu memikul..

Dugaan demi dugaan buat im dan ibu_suri..

Buruk baikpun dia tetap anak..😭

Warisan Petani berkata...

semoga Anaknda IM akan berubah

Nor Azimah Ali berkata...

Walaupun bukan anak kandung, tapi dah dipelihara dari kecil tentulah apa yg berlaku mengusutkan hati im selaku penjaganya.

Suria Amanda berkata...

Saya sebagai ibu pun turut terkesan dengan apa yang berlaku..salam perkenalan, first time singgah sini...semoga semua urusan di permudahkan...

Yaya Azura berkata...

Akhmal Akhmal...semoga dijentik hatinya hatinya untuk berubah.
IM jaga diri ye..jaga kesihatan.

عبده العمراوى berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
SukaniMusik berkata...

Keep strong pak cik, semoga dipermudah segala urusan..

pB berkata...

IM apa khabar?

Wak Lat berkata...

laa kawan tu nk dtg nk mintak hutang.. kenapa si bapak x byrkn dulu? bukan hutang waj8b dibyr?

Umialya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.