Selasa, 19 Mei 2020

Catatan Menjelang Hari Raya...

Cuma beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidil Fitri. Aku ambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari kalian atas salah silap selama kita berblogging.

Terima kasih juga kepada yang sudi memberi sumbangan kepada aku dan ibu_suri samada berbentuk wang, bahan makanan kering maupun lampin lupus untuk ibu_suri. Baik budi kalian hanya Allah yang membalas.

Sejak beberapa hari ini ibu_suri asyik mengadu sakit gigi. Hendak membawanya ke klinik gigi serba salah sebab masaalah pergerakkan dia yang terbatas. Tambahan pula nak duduk di kerusi cabut gigi klinik itu nanti aku bimbang akan jatuh. Kalau pun boleh duduk aku takut tak muat pula sebab saiz punggung ibu_suri yang besar.

Macam-macamlah yang terlintas di fikiran ini.

Aku pula sejak semalam asyik sakit tumit bila berjalan. Seperti ada duri yang mencucuk kaki. Mungkin duri yang tertusuk di kaki aku dulu tak habis dibuang keluar. Malas nak belek kaki ini walaupun ibu_suri membebel suruh aku tengok.

Akhmal dah bekerja dengan Car Wash di Jalan Baru, Seberang Jaya. Kerja cara dia la. Pergi kerja ikut suka mood dia. Aku malas nak fikir. Biarlah dia susun kehidupannya sendiri.

Esok pegawai AADK khabarnya nak datang ke rumah. Ziarah untuk beri sumbangan hari raya kepada Akhmal agaknya. Memang begitu sesekali tahunnya. Pernah pihak penjara juga datang semasa Akhmal masih dalam parol.

Hari raya ini, aku tak boleh balik kampung ziarah mak di Ipoh sebab pkpb. Nak ziarah abah mertua di belah Penang juga tak dapat sebab abah masih berada di Kampung Batu Dua, Jalan Pahang; rumah pusaka dia.

Along juga tak dapat balik kerana pkpb tidak membenarkan dia rentas sempadan.

Harap Angah dan keluarga sahaja yang akan datang. 

Aku reda sahaja dengan keadaan yang aku alami ini. Bagi aku, bila dah tua dan terpaksa pula menghadapi semua ini, aku tidak mengharapkan lebih-lebih selain apa yang ada. Berada-ada bukan lagi hasrat aku.

Tak mahu renyah renyah. Relaks sahaja. Fikir yang boleh dicapai oleh tangan...

foto Angah dan Along semasa melawat adik ipar sedang
bekerja di kilang teh boh, cameron highland.

10 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Semoga IM terus tabah ye. In shaa Allah semuanya akan bertambah baik.

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan urusan menyambut idil fitri buat IM dan ibu_suri.
Selamat hari raya maaf zahir batin

Umialya berkata...

Selamat hari raya IM

tun tijah berkata...

Salam Ramadan dan slmt menyambut Aidil Fitri tuan.
Didoakan moga Ibu Suri sihat sntiasa.
Sebenarnya lama saya tidak dapat singgah blog ini.Moga tabah dan sabar dalam kehidupan. Wassalam

Kamsiah yusoff berkata...

Salam aidilfitri buat IM sekeluarga

Wak Lat berkata...

salam aidilfitri 2020 pakcik IM tuuh., maaf zahir batin ;p

SukaniMusik berkata...

selamat aidil fitri pak cik..
keep spirit..!!

Acuyuhan berkata...

SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

al-lavendari berkata...

π•Ύπ–Šπ–‘π–†π–’π–†π–™ π•³π–†π–—π–Ž π•½π–†π–žπ–† π•¬π–Žπ–‰π–Žπ–‘π–‹π–Žπ–™π–—π–Ž 𝕸𝖆𝖆𝖋 π–…π–†π–π–Žπ–— π•­π–†π–™π–Žπ–“.

Suria Amanda berkata...

Belum terlambat lagi untuk SA ucapkan Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin...