Malam ini aku tidur di ofis kerja aku. Ntah kenapa aku tega berbuat begini. Yang mungkin pada sesetengah orang merasakan aku tidak sepatutnya berbuat begini.
Sebenarnya aku sudah terlalu letih. Letih dengan sikap A. Sedari kecil aku menjaga dia apa kerenah yang dia tidak buat terhadap aku. Malam ini sekali lagi yang mencabar aku selaku seorang bapa.
Aku pun tak tahu kenapa aku ambil keputusan keluar rumah. Mula ingat nak terjah lebuhraya sahaja balik kampung dan menenang diri disamping mak buat 2~3 hari. Tapi bila terfikir maslahat lain, aku bawa sahaja kereta ikut rasa. Terfikir isi minyak dulu.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi ke pejabat. Samada tidur atau sebaliknya itu biarlah masa yang tentukan. Esok pagi jika aku rasa ok, aku balik rumah. Mandi, salin pakaian dan pergi kerja. Jika tak ok...ntah!
Apapun aku nak rehat. Tak mahu susahkan fikiran, bimbang pada perkara yang tak tercapai oleh tangan. Apa nak jadi esok aku serah pada Tuhan.
Malam ini kalau boleh aku nak tidur di lantai sahaja. Harap aku lena hingga Subuh tanpa ada gangguan /$#@%.
Pasrah. Muga esok apa yang akan berlaku aku hadapi dengan tenang. Aku dah cakap kepada Along dan Angah bahawa ayah sekarang sudah tidak punya tanggungjawap berat lagi sebab semuanya telah pergi bersama ibu_suri.
Hal anak-anak ayah, biarlah anak-anak ayah yang urus sendiri. Kamu semua sudah besar dan matang sepatutnya.
Sekarang masa untuk ayah 'rehat' dan buat apa yang ayah rasa baik untuk diri ayah. Ayah mahu nikmati masa masa yang ada ini dengan sebaiknya dan dengan cara ayah.
Biarlah ayah bawa dan urus diri ayah. Jika ayah ada masaalah yang berat dan perlukan bantuan kamu, ayah akan beritahu.
Tapi seboleh-bolehnya, ayah tidak mahu menyusahkan kamu semua....anak-anak ayah!
10 ulasan:
selamat menenagkan fikiran pakcik IM
saya rasa terkesan dengan pengakuan tuan.
bertenang dan tabah ya hadapi liku hidup penuh cabaran ini.
semuanya ada hikmah tersendiri.
Sabar dan tenang. Semoga mendapat keredhaan dan keafiatan. Kdg² kita perlu paksa diri sendiri untuk rehat
Tenangkan hati dan perasaan..semoga beroleh ketenangan...IM macam abah SA...adakala dia macam ni..cuba menjauhkan diri kalau ada yang tidak puas dihati...jaga diri
Allah, sedih pulak.
Semoga beroleh ketenangan
Ye IM, anak-anak dah besar. Sekarang fikirkan diri IM je, berehat dan tenangkan fikiran.
Bersabar ya IM, moga Akmal berubah menjadi insan terbaik dan anak soleh yang akan menjaga IM suatu hari nanti, aamiin..
sedihnya pulak baca... jaga hati sendiri ya ayah... 1st time ke sini tp terus terasa macam baca blog sahabat² blogger yg lama dahulu.. mungkin cara penulisan mirip zaman blogger dulu².. sy follow ya
berehatlah IM
Semoga ketenangan datang menyapa
Thanks for sharing, sehat sehat selalu
Catat Ulasan