Jumaat lagi aku dah angkut p.a system milik ofis ke dalam kereta aku balik kerumah. Dulu kini dan selamnyalah bilamana ada sahaja program anjuran JIM dan kini IKRAM, otomatik tugas aku ialah selia p.a sistem.
Nasib baik aku tak pandai nak jadi deejay. Kalau tak, sekali sapu bersih dengan tugasan deejay. Kenapa aku tak mahu jadi deejay? Sebab aku ini seorang yang tak pandai bercakap. Hanya tahu menulis.
Hari Sabtu aku dah ke dewan Pintar, Taman Guar Perahu untuk setup p.a system. Slow slow aku angkat speaker, mixer, mikrofon, laptop dan segala jenis kabel. Aku dah sekuat dan secergas dulu. Nak tunduk bangkit pun kena hati-hati takut terkehel lutut dan tulang belakang.
Kemudian ambil meja kerusi dari stor. Nasib baik bos aku cerdik, dia panggil budak-budak yang tengah main di padang untuk tolong. Tidak tolong sajalah tapi bagi la upah.
"Berapa anta bagi budak budak tu?"
"Lima ringgat."
"La...sikit sangat. Bagilah sepuluh ringgat sorang tadi. Apa sangat yang boleh dia orang beli dengan sepuluh ringgit..."ujar aku.
Angkut, susun untuk 32 meja kali 7 kerusi. Terkelepek aku sesampai sahaja di rumah sehampir waktu Maghrib. Nasib naib semasa aku keluar beli bateri untuk mikrofon, aku ternampak jualan kuih dan bubur nasi di tepi jalam. Aku singgah beli. Malas nak keluar 2 kali.
Aku dah tak sekuat dulu. Tenaga kian kurang. Berjalan sikit, rehatnya lebih.
Hari Ahad aku turun selepas Asar walaupun arahannya ialah selepas Zohor. Biarlah cikgu-cikgu sekolah yang uruskan, bisik hatiku. Depa muda muda belaka. Kederat kuat. Lagipun ini program depa sebenarnya... Majlis Iftar anjuran Sekolah Rendah Islam Amal Rintis ( SRIAR ) yang bangunannya terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Program ini juga bertujuan untuk kutip dana bagi penerusan operasi sekolah.
Ramai sahabat sahabat yang hadir selain ibubapa pelajar SRIAR. Disamping menyelia sound system, aku sempat berborak dengan sahabat lama seperti Pak Anjang, Mad Habuna, KAI, Hamizat, Zulkar9 juga wakil MPKK Hassan dan beberapa orang lagi.
Aku agak segan nak bercakap atau ketawa banyak sebab gigi aku dah tanggal banyak. Nak makan pun memilih ( ayam dan daging kambing tolak tepi ). Sakit gusi bila menggigit.
Bila dah bertemu ketika usia senja ini tiada lain yang dibualkan melainkan tentang kesihatan, tentang anak dan cucu sambil imbau kenangan lama ketika aktif menganjurkan program untuk remaja dan masyarakat.
Cepat masa berlalu. Masing masing kini ramai yang dah pencen, yang dah kematian istri seperti aku. Tapi tidak kurang juga yang masih sihat, bahagia bersama istri dan anak cucu yang ramai. Masing-masing dengan rezeki masing-masing.
Apapun bagi aku, selagi masih ada usia dan rezeki manafaatkan sebaiknya dengan kadar yang ada. Usah dihantui dengan kesedihan dan keksalan. Mohon ampun kepada Allah dan lipatgandakan amal ibadah demi menampung kekurangan.
Sekali lagi, kami akhiri majlis dan pertemuan ini dengan solat Isyak dan terawih bersama.
2 ulasan:
Assalamualaikum
selamat berpuasa.
Seronok bila bertemu rakan2 lama.
Alhamdulillah.. hidup dikelilingi kawan-kawan baik-baik juga rezeki tuan. Sebut bab gigi, saya setiap kali gosok gigi perasan perubahan seiring berganjaknya umur. Jejak saja ke 30 an, makin banyak nikmat yang Allah tarik. Kalau dulu selamba sahaja full marathon atau half marathon, sekarang ni kejar anak-anak di padang pun mengah. Bila menjejak ke 35 lagi terasa perbezaan. Kena kekal aktif semula nampak gayanya.
Catat Ulasan