Aku talipon Angah; " Bila nak mula tidur kat rumah baru?"..... Diam.
"Bolehlah mula sekarang sebab ayah cuti 3 hari. Nanti bila ayah kerja balik, Angah duduk balik sini. Hujung minggu depan boleh tidur sana balik. Pelan-pelan keluar dari rumah ni taklah nanti ibu terasa sangat hang takda." saranku.
Semalam, ibu_suri tertanya-tanya bila Angah beria-ia mengemas pakaian Marissa.
"Alaaa.... Takkan nak tidur sana. Sunyilah ibuuu..."

"Takpa la dia nak tidur rumah dia sendiri. Sari dua ni jer... Nanti Isnin Ayu cuti, Marissa duduk rumah kita balik lah!" Aku menyampuk.
Sebek wajah ibu_suri. Tapi aku tahu, mahu tidak mahu Angah mesti belajar hidup sendiri. Sebelum terlambat, aku tidak mahu antara Ayu dan Angah ada perselisihan semata-mata kerana orang ketiga yakni aku dan ibu_suri.
Hal ini bukan mustahil. Justeru itu aku merasakan lebih baik Angah duduk di rumah sendiri. Kata orang, bila jauh bau wangi. Kalau dekat bahu tahi.
Pada ibu_suri bukan sangat berpisah dengan Angah atau Ayu tetapi lebih kepada cucunya. Tapi tak mengapa, aku tau benar. lambat laun ibu_suri akan menerima hakikat ini. Tugas akulah sebagai suami memberi dia faham, memujuk dan mengisi kekosongan. Tugas aku juga sebagai Ayah menunjukkan cara dan jalan pada Angah untuk menerokai kehidupan masa depan yang bagi dia terlalu baru dan janggal.
Dan kami pula akan kembali semula sepertimana kami baru kahwin dulu. Bezanya, dulu kami muda sekarang kami sudah tua!

-709421.jpg)
.jpg)
