
Musim odit oleh SIRIM dah mula terasa getarnya. Bulan depan akan ada Internal Quality Audit (IQA). Lebih kurang dalam bulan puasa, akan ada SIRIM-TS odit. Alamat bagai demam tak kebah lagilah aku nanti. Asalkan jangan semasa kritikal begini, akan datang menimpa pula masalah keluarga yang lain.
Tapi yang bagusnya, bila duduk dalam situsi tertekan begini barulah kerja semua berjalan. Kerja yang susah atau paling malas nak dibuat juga boleh siap akhirnya setelah direngkuh dengan cekal. Masa ini juga doa dan sembahyang aku semakin kerap dan tekun. Agaknya, aku ini jenis hambaNya yang bilamana dalam keadaan susah baru teringat padaNya. Sebaliknya, bila dalam keadaan senang dan selesa, mula culas dan tawar ibadahnya?
Malam ini, ntah kenapa aku tertidur awal. Terjaga bila jam12 tengahmalam, rupanya aku berbantalkan lengan di atas sejadah di ruang tamu. Hatta, ibu_suri pun tidur awal di bilik. Akhmal juga begitu.
Setelah usai Isyak, aku bancuh secawan Alitea. Duduk melayan perasaan hati sendiri. Bukan selalu dapat begini pun, sebenarnya.
Arghhhh.... rupanya, kehidupan yang selama ini begitu mencabar dan mendebarkan, hampir 3/4 perjalanannya telah aku harungi. Kini, tenagaku semakin kurang. Namun masih ada 1/4 perjalanan lagi yang masih ada kerikil dan ombak yang menanti!