"Abang, kenapa you baik sangat dengan I?" soal ibu_suri tatkala aku sedang menyalin kepada kain pelikat setelah beberapa jam bawa ibu_suri makan dan jalan-jalan, rutin tiap-tiap malam sejak 2008.
"Syukurlah kepada Tuhan!" balasku mematikan soalan seterusnya; yang sebenarnya kalau boleh aku malas nak respon kepada soalan-soalan yang sensitif seperti ini.
Otak aku masih berputar-putar mengingati Akhmal. Semalam aku tak tahu punca apa dia mengamuk. Aku lihat mudguard motornya pecah. Mulanya aku sangkakan dia kemalangan dek menunggang laju.
"Kenapa tangan tu?" tanya aku yang separuh ambil berat. Aku dah letih dengan kerenahnya yang ntah bila nak berubah.
"Akmal tumbuk pagar," jawapnya pendek dan terus keluar mendapatkan kawan-kawannya. Aku acuh tak acuh masuk ke rumah. Lansung tak terfikir nak bawa dia ke hospital. Dan dia pun tak pula meminta di bawa.
Namun tadi, semasa duduk menunggu masuk waktu sembahyang Jumaat, fikiran aku melayang mengingat semula tangan Akhmal. Terasa bersalah pula. Agaknya, mungkin semalam disebabkan aku letih dan mengantuk lantaran masalah kerja. Disambung pula terpaksa menyelenggara ibu-suri, membuatkan kepala otak aku jadi tepu.
"Akhmal, ada kat mana?" tanyaku melalui talipon sejurus sebelum keluar makan dengan ibu-suri tadi.
"Simpang 4!"
"Jom, ayah bawa pi hospital. Ayah rasa kena x-ray tangan tu. Kalau dibiarkan nanti, takut lain pula jadinya."
"Tak apalah ayah. Biaq pi la dia sakit!"
5 ulasan:
rasanya macam ada sesuatu yang serius tu. ada yang dia tak puas hati. mungkin pasal kerja...
susahnya nak memahami isihati anak2...
Bunyi jawapannya seperti sedang merajuk dan berharap seseorang memujuknya, mendekatinya, memahaminya....
dekatilah dia.
Dia perlukan perhatian.
Catat Ulasan