Halaman

Isnin, 21 April 2014

Bukan Soal Ubat

Malam tadi ibu_suri mengadu, tangan kirinya terasa kebas. Ada urat-urat biru timbul di telapak tangan. Aku ambil cuti lansung bawa dia ke Klinik Kubang Semang. Terasa bimbang, kut-kut lah akan terjadi apa-apa jika aku ke tempat kerja juga.

Bacaan gula 10.6 walaupun tanpa sebarang sarapan. Bacaan bp 160/100. Doktor Aslina mengeluh bila merujuk geraf bp ibu_suri yang lepas-lepas, tidak sekata.

"Awak ambil bacaan tekanan darah tiap-tiap minggu, ya. Saya tambah dos ubat awak ni. 15hb 5 nanti jumpa saya balik."

"Saya rasa bukan soal ubat, doktor tetapi sebab dia susah nak kawal nafsu makan," ujarku.

Sebenarnya, dulu pun doktor mengakui, pesakit seperti ibu_suri yang juga mempunyai masaalah psikiatrik memang susah nak mendisiplinkan diri dalam soal mengawal nafsu dan emosi. Ditambah pula dengan sikap aku yang tidak gemar memaksa, buatkan ibu_suri selalu langgar pantang.

6 ulasan:

Jay Ar berkata...

Tengok bacaan gula dan tekanan darahnya agak menyeramkan juga. Takut juga jika tinggal sorang2, elok jika tinggal sorang2 ada orang bantu tengok-tengokkan...

❤Kamsiah❤ berkata...

nak dikawal,ditegah apa yg dia nak amkan...takut dia salah faham pulak...

Kakcik Nur berkata...

Semoga IM dapat memujuk.ibu_suri yang IM sendiri lebih kenal peribadinya...

Sylarius Yusof berkata...

Nak berpantang demi kesihatan ni, kadang kita yang muda-muda pun liat jugak nak follow. Hehe

sud@is berkata...

klau macam ni kena juga paksa tapi ala ala manja macam budak demi kesihatan juga

Cik Wawa berkata...

salam IM...dah lama wawa xmenyinggah d blog IM dek kerna terlalu sibuk dgn urusan pelajaran. Kesian ibu_suri...wawa doakan IM tabah menjaga ibu_suri...