Letih aku putar-putar bawa ibu_suri yang asalnya kepingin makan di Restoran Hidayah, Seberang Jaya. Aleh-aleh mak aii.. punyalah ramai manusia duduk keliling tv. Fenomena yang aku dah lama tak lihat.
Tak tahu nak salahkan siapa. Bola ke? Musim bola ke? Peminat bola ke atau taukeh Restoran Nasi Kandar yang baik sangat letak tv besar-besar depan restoran tu sampaikan aku nak masuk pun dah rasa macam kera sumbang.
"Nak makan kat mana?" ibu_suri mula ngomel. Fening agaknya asyik pusing sana sini sejak tadi.
"Kita pergi kat Haris Tomyam, Padang Lalang aje la ya... Nasi goreng ikan masinnya best jugak."
"Habis.. nanti kalau ramai orang acam ni?"
Ya tak ya... nanti buat habis minyak je pi sana. Bukan dekat pulak tu.
"Angah, ayah ada masalah la. Nak minta pandangan." Aku secara santai menalipon Angah setelah mati akal hendak makan di mana dengan ibu_suri. Kalau aku seorang sahaja tidak ada masalah. Tapi ibu_suri ni choosy sikit. Kalau ramai orang dia tak mahu.
"Bungkus aje la ayah. Makan kat rumah."
"Waa... Good idea. Thank you."
Haah... Tak terfikir pula aku tadi. Issyyyy....
Aku bukan minat sangat bola ni macam depa nu. Sanggup tertonggok depan tv restoran berjam-jam. Kalau duduk kat rumah baca Harakah kan bagus. Atau paling tidak tulis blog macam aku ni.
Seorang kawanku semalam nampak macam mamun di tempat kerja pasal tak cukup tidur tengok bola.
"Z, u pi tidur di library nantilah bila time rihat sat lagi. I tengok you dah macam ayam berak kapor je..."
Kekadang kesian aku tengok kawan aku ni. Sanggup bersekang mata tengok bola dari bersekang mata untuk solat malam!

kalau wanita seksi jadi pasukan sorak team bola England, hamba-hamba Allah ni jadi pasukan sorak team Jepun agaknya, ya!

