Sabtu, 28 November 2009

Aidil Adhaku

Aidil Adha kali ini kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Aku beraya di Air Itam, rumah Tok Ba. Bersama bapa mertua dan 2 birasku, kami pergi ke Masjid Negeri untuk solat Jumaat. Dah lama tidak ke sini bersolat. Ada lanskap air terjun, baru di bina di tangga masuk utama masjid.

Aku selalu berada di sisi bapa mertuaku, memimpinnya menaiki tangga, ke tandas dan mengiringi masuk ke masjid. Sudah tua dia. Umur pun mencecah 80an. Jalan pun dah terkengkang-kengkang kerana sakit lutut.

Sebaik sahaja azan berkumandang, usai solat sunat khatib pun memberi salam di mimbar. Aku mengambil posisi tengah tepat mengadap kiblat.

Aku nak dengar khutbah kali ni, betul-betul. Tak mahu tertidur, bisik hatiku. Masjid Negeri, khutbahnya mestila ada kelas, gitu.

Tapi terkaan aku meleset. Sudah 49 tahun tolak 15 umur akhil baligh, tiap kali raya isi khutbah asyik ulang kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Walaupun bacaan khatib begitu baik, nada suaranya begitu bersemangat namun sedari mula khutbah hingga tamat amat sedikit pengisian baru yang dapat menjentik hatiku untuk dibawa pulang.

Ditambah pula dengan sistem audio yang membingitkan dan bertimbal balas. Aku hampir tidak dapat menangkap butir bicara khatib. Agaknya kerana dewan ini tertutup untuk hawadingin menyebabkan zarah-zarah bunyi berlegar di dalam dewan dan tidak boleh lepas keluar. Lagipun dinding dewan solat ini diperbuat dari batu yang keras dan tidak mesra bunyi. Perlu banyak diletak tirai kain atau papan untuk penyerapan bunyi lebih baik.

Aku teringat pesan Dr Danial semasa aku menjaga sistem audio di ceramah mingguan Tapian Gelanggang, Batu Uban beberapa tahun lalu. DD selalu bertanyakan bagaimana respon anak muridnya tentang sistem audio hari itu. DD berpendapat bahawa sistem audio amat penting kerana jika sistem audio lemah biarlah sehebat mana penceramah, program hari itu akan jadi hambar.

Aku hanya sempat merakam pesan khatib tentang doa nabi Ibrahim kepada Tuhan agar dikurniakan anak yang soleh. Dan berkat dari doa itu beliau dikurniakan dengan anak yang soleh yakni Nabi Ismail. Khatib itu menyarankan para jamaah mengamalkan doa ini.

Selesai solat, aku sekali lagi iringi bapa mertuaku keluar dewan. Kelihatannya Gabenor Pulau Pinang juga berjalan turun ke kereta.

Apa-apa pun aku bersyukur kerana masih sempat beraya tahun ini bersama keluarga mertua. Tahun depan entah beraya dimana pula.

Tiba-tiba talipon aku bergegar. Terpapar di skrin nama adik aku di kampung!

5 ulasan:

kakcik berkata...

Adik ajak balik beraya di kg ye IM? Bagaimana hari raya ibu_suri?

hentian berkata...

Betul lah tu. Kalau takda aral, sat lagi nak ziarah anak di STB, Taiping lansung balik kampung.

ibu_suri ok saja di rumah tok ba dia. ramai adik beradik menghiburkan sedikit hatinya. IM saja yang duduk sehari suntuk terkulat-kulat tak tau nak buat apa. macam ayam berakj kapor.. he.. he..

Mybabah berkata...

Salam tuan. Saya telah memautkan blog tuan di blog saya. Rajin-rajinlah menulis untuk pembaca saya. Nanti bertandang jugalah ke blog saya dan beri komen. Dengan komen anda, baru saya akan sedar bahawa anda ingin menjalin ikatan ukhwah dengan saya. Hmmmm...sedap lagu latar di blog tuan ni...Mesej daripada sarikatanya plak dahsyat...

Anonymous berkata...

hang cerita macam sembahyang jumaat aje kronologi sembahyang raya..siap dgn azan sekali..

dlm otak hang ada apa..banyak serabut ka?..

hentian berkata...

Terima kasih atas teguran oleh 'Tanpa Nama'. Memang betul itu solat Jumaat. Aku sudah perbetulkan tulisan itu di mana-mana perlu. Aku minta maaf pada rakan-rakan lain atas kesilapan ini.

Dalam otak aku ada neuron le. Tapi neuron yang dah hampir expire..he..he..

Muga Allah berkati dirimu dan keluarga...