"Happy birthday, bang. Selamat panjang umur dan dimurah rezeki"
Syahdu sahaja bisikan ibu_suri sebaik sahaja aku meletakkan kepala ke bantal. TQ, bisikku sedangkan hati berbolak-balik antara keikhlasan dan kepenatan. Mengintai di celah kesamaran, jam di dinding tepat 12.00 tengah malam.
Selang 4 minit aku mendapat sms juga mengucapkan SHJ dari seorang kawan berbangsa Cina. Siap dengan madah pujangga.
Jam 8.51 di ofis, sms yang sama aku terima dari sahabat baikku Zulkarnain Ahmad. Dan kesemua ini memang tidak aku sangka. Hingga membuatkan aku membalas dengan kata-kata;
'Ibarat bulan jatuh ke riba. Terharu n tidak terduga!'
Di celah-celah kesibukan orang bicara tentang Hari Ibu. Dan hari ini deejay Sinar.FM sibuk berbual tentang Hari Jururawat masih ada insan ingat akan hari lahirku yang aku sendiri selalu tidak ingat, tidak terfikir untuk merai atau di raikan.

Namun sebenarnya jauh di lubuk hatiku aku mengingatkan diriku bahawa sebenarnya bukan hari lahirku yang patut kuingatkan. Sepatutnya aku perlu ingati hari kematianku yang pasti.
Aku meneliti umurku. Sebenarnya sudah jauh aku tinggalkan perut ibuku. Dan semakin hampir pula aku dengan perut bumi...
12 ulasan:
Selamat Hari Ulang tahun Kelahiran, IM. semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang halal lagi berkat serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Insya Allah. :)
selamat meyambut hari ulang tahun kelahiran.muga diberi allah kebahagian dunia akhirat..setiap masalah pasti(insyallah) akan ader jln keluarnya.bersabarlah.
selamat meyambut hari ulang tahun.. n moga ceria slalu..
moga IM terus hensem.. hehe
slamat ulang tahun yg ke.....moga IM sentiasa dalam keberkatan dan perliharaan Nya. mengingati hari kelahiran ada sama pentingnya dengan mengingati hari kematian. tarikh kelahiran menzahirkan brapa lama kita di alam ini....... adakah kita telah melaksanakan tugas2 kita sebagai hamba Nya selama berlalunya detik2 itu......kita diwajibkan mengingatkan hari kematian kita yg bakal tiba, tapi sebagai insan kita selalu lalai dan leka untuk menyediakan bekalan kita kesana....
Salah ejaan Birthday tu IM hehe. Selamat Hari Tua.
Tkasih atas teguran. Tajam mata mike yer...
Allah Selamatkan Kamu X3
Semoga ingatan ini akan Berterusan tanda kita masih dikurniakan kewarasan.
Semoga IM akan mampu membuat perubahan hidup ke arah yang lebih baik.
J & W
Selamat Ulangtahun.....semoga segala impian IM akan menjadi kenyataan......
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan IM
Allah selamatkan kamu...
semoga panjang umur, tabah selalu dlm mengharungi kehidupan...
Amboi MM. Buat IM teringat P Ramlee pulak la...
selamat hari lahir
semoga terus tabah menjalani baki kehidupan
Catat Ulasan