Rabu, 30 Jun 2010

Nak Salahkan Bola?

Letih aku putar-putar bawa ibu_suri yang asalnya kepingin makan di Restoran Hidayah, Seberang Jaya. Aleh-aleh mak aii.. punyalah ramai manusia duduk keliling tv. Fenomena yang aku dah lama tak lihat.

Tak tahu nak salahkan siapa. Bola ke? Musim bola ke? Peminat bola ke atau taukeh Restoran Nasi Kandar yang baik sangat letak tv besar-besar depan restoran tu sampaikan aku nak masuk pun dah rasa macam kera sumbang.

"Nak makan kat mana?" ibu_suri mula ngomel. Fening agaknya asyik pusing sana sini sejak tadi.

"Kita pergi kat Haris Tomyam, Padang Lalang aje la ya... Nasi goreng ikan masinnya best jugak."

"Habis.. nanti kalau ramai orang acam ni?"

Ya tak ya... nanti buat habis minyak je pi sana. Bukan dekat pulak tu.

"Angah, ayah ada masalah la. Nak minta pandangan." Aku secara santai menalipon Angah setelah mati akal hendak makan di mana dengan ibu_suri. Kalau aku seorang sahaja tidak ada masalah. Tapi ibu_suri ni choosy sikit. Kalau ramai orang dia tak mahu.

"Bungkus aje la ayah. Makan kat rumah."

"Waa... Good idea. Thank you."

Haah... Tak terfikir pula aku tadi. Issyyyy....

Aku bukan minat sangat bola ni macam depa nu. Sanggup tertonggok depan tv restoran berjam-jam. Kalau duduk kat rumah baca Harakah kan bagus. Atau paling tidak tulis blog macam aku ni.

Seorang kawanku semalam nampak macam mamun di tempat kerja pasal tak cukup tidur tengok bola.

"Z, u pi tidur di library nantilah bila time rihat sat lagi. I tengok you dah macam ayam berak kapor je..."

Kekadang kesian aku tengok kawan aku ni. Sanggup bersekang mata tengok bola dari bersekang mata untuk solat malam!



kalau wanita seksi jadi pasukan sorak team bola England, hamba-hamba Allah ni jadi pasukan sorak team Jepun agaknya, ya!

11 ulasan:

ibuintan berkata...

salam IM,
memang betul tu ramai yang macam ayam berak kapur je kat tempat kerja..,
monyok macam tak makan sepuluh hari, semua gara-gara bola
nasib baik kat rumah ni takde yang gila bola..

iqbalsyarie berkata...

whahahaha...bang...nampaknya saya pun terkena pedasnya!hahahaa..adui~
Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?

kakcik berkata...

Wah.. ramainya 'otomen' :)

Kakcik rasa kakcik pernah singgah makan kat Restoran Haris Padang Lalang tu.. ok gak.. :)

Acik Erna berkata...

IM..nasib baik..kita tak minat bola..jadi tak terkena penyakit ayam berak kapor tu..
akak juga sama macam ibu suri tu..tak berapa suka makan kalau ramai sangat orang..dan memang memilih sikit..jalan selamat..selalunya..abang akak akan beli dulu..bila akak kata sedap.lain masa..baru dia bawak akak pi makan kat kedai tu..

Ariff Budiman berkata...

Saya pula kalau orang cerita pasal bola saya boleh menyampuk juga sebab saya tengok highlight time gol saja. Orang pula nak cerita pasal gol saja. Kira termasuk jugalah dalam kelompok kaki bola. He he

hentian berkata...

tengok player score goal ok. jangan orang depan yang gol kena tendang...

ahmad humairi berkata...

kemeriahan pat taun skali..layanjelaa..

Dama-Ulan berkata...

hihihihi... memang ramai peminat bola sampai sanggup berdiri di luaq kedai..

heran.. apa yg baguih sangat dengan bola nie..?

ninie's corner berkata...

mmg beso betul penangan world cup ni.....ramai yg tak cukup tido....

iBu...gUru berkata...

salam IM
bila musim bola jadual harian saya berubah 100%. Suami tak nak makan kat luar sebab nak tengok bola... so tiap2 hari kena masak .... tak macam selalu. bola oh bola cepat lah berlalu............moga hidup ku seperti sediakala. Tapi..... tak salahkan bola atau musim bola.....

hentian berkata...

nampaknya sunyi sepilah depan tv bila musaaqah Quran walaupun awal malam berbanding riuh rendah bila ada bola walaupun jauh malam.