Sabtu, 26 Jun 2010

Pintu Syurga

Aku tetiba di datangi sms dari adik perempuanku di kampung. Suspen juga bila dapat call atau sms dari kampung ni.

" Assalamualaikum, Yop! Apa khabarnya Yong? Uya doakan agar semuanya bertambah baik. Yop sendiri, jaga diri ya! "

Aku pun balas sms sambil berjalan masuk ke lokasi kerja;

" Yop kira ok la. Selalu fikir yang positif dan banyak pasrah! "

Dan senyum panjang bila membaca sms jawapan balasnya;

" Bangga le Uya dapat Yop macam ni... "

Entahlah! Sebenarnya aku meneruskan hidup ini dengan cara aku sendiri je. Kekadang aku merasakan seperti ntah apa-apa sahaja aku ini. Kehidupan yang aku angan-angankan sedari dahulu tidak tercapai lansung. Sebaliknya aku terpaksa menungkah gelombang dan badai yang tidak pernah terfikirkan oleh aku sebelum ini.

Gimapun, seperti jawapan smsku tadi, aku tempuhi semua ini dengan penuh kepasrahan dan cuba memiliki fikiran yang positif.

Kata orang, kalau nak umur panjang kena selalu berfikiran positif. Kalau nak awet muda kena selalu senyum. Kalau nak masuk Syurga kena banyak beramal dengan penuh keikhlasan.

Ye ke? Ehemm...



Uya telah diamanahkan oleh keluargaku untuk menjaga mak yang lumpuh separuh badan. Dan aku pernah berkata kepadanya;

" Kamu beruntung kerana dapat jaga mak. Jika ditambah dengan ketaatan kamu kepada suami dan Allah, Yop percaya pintu Syurga terbuka luas untuk kamu! "

19 ulasan:

kakcik berkata...

Salam IM..

Insya Allah pintu syurga itu akan sentiasa terbuka. Cuma, bagaimana cara kita hendak memasukinya, kita kenalah tentukan..

hentian berkata...

Tu yang risau tu. Tak nampak jalan...

ibuintan berkata...

salam Im..
mungkin bukan sekarang, mungkin belum masa semua angan-angan dan impian yang didambakan itu hadir..
mungkin Allah nak beri yang terlebih baik lagi...itu yg sebaiknya tempohi hidup dgn positif

hentian berkata...

harapnya begitulah. sempat merasai realisasi angan-angan itu!

al-lavendari berkata...

salam. benar Uya beruntung .. sebab pernah Ustaz beritahu saya bahawa hanya dengan meilihat wajah ibu kita dengan kasih sayang akan mendapat pahala, selain dari melihat Kaabah.

Ariff Budiman berkata...

Beruntunglah mereka yang mempunyai sifat seperti itu

hentian berkata...

IM juga yang gigit jari. nak buat camna. dah rezeki jauh di sini...

ahmad humairi berkata...

salam,

biar jauh,
walau beribu batu,
biar tiada disisi,
namun dekat di hati.

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Syurga adalah khusus utk insan2 yg terpilih & maklukh yg mendapat keredhaanNYA.
Segala jalan telah ditunjukkan dengan kehadiran Wahyu & Al Quran ... tp kekadang insan terlalai & sedikit tersasar ... ada yg juga mmg jauh tersasar.
Jika kita sentiasa ingat & taat kepada Allah SWT, Allah akan sentiasa dekat pula.

hrusli61 berkata...

InsyaAllah minggu depan aku ingin menziahi emak di kampong.

Minggu ini tak sempat kerana hantar Syuhadah ke UiTM Seri Iskandar, Perak. Esok ada meeting IKRAM negeri.

Mudahan SYuhadah beroleh yang terbaik di sana.

hentian berkata...

sama-samalah kita menjaga orang tua kita sekiranya masih ada, rebutlah peluang keemasan ini sebanyaknya.

jangan biarkan nasi menjadi bubur.

iBu...gUru berkata...

Assalamualaikum IM
saya juga bila dpt call dari kampung hati selalu berdebar-debar ......... pagi selasa lalu, baru 5 minit dibilik mesyuarat dpt call dari kampung.. ibu mertuaku kembali ke rahmatullah. Kagum dengannya, walaupun dlm keadaan berbaring dpt menunaikan subuh terakhirnya .....berakhir sudah penderitaannya didunia. Berdoa moga pintu yang terbentang luas itu juga milik ibu mertuaku..... Takziah utk ayah...

hentian berkata...

masa kita entah bila agaknya. sekarang ini menyorok entah di mana..

iqbalsyarie berkata...

InsyaAllah...wanita,jalannya lebih mudah... Tu pasal ada hadis Nabi s.a.w menceritakan perempuan yg dpt mengerjakan haji dgn ikhlas,menyamai lelaki yg pergi berjuang di medan perang fi sabilillah...

salam ziarah drpd saya!
Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?

hentian berkata...

hmmm... begitu beruntungnya yang bernama wanita. pintu syurga luas untuknya.

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Hmmm ... walau banyak pintu syurga yang disediakan, banyak malah memilih jalan sebaliknya! Sedih kan?

hentian berkata...

inilah yang dikatakan gara-gara menyintai kehidupan lebih dari Tuhan. kehidupan memberi apa yang kita suka. sedangkan apa yang kita suka selalunya adalah apa yang Syurga larang.

a kl citizen berkata...

memang keduanya bertuah memiliki satu sama lain
semoga insan marhaen dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah

hentian berkata...

terima kasih atas doa. rahmat allah jualah yng diharapkan walaupun IM tahu IM serba kekurangan di segi amal ibadah.