Ahad, 11 Julai 2010

Kacang Cerdik

Ziarah Akhmal seperti selalunya 2 minggu sekali, hari ini. Termasuk kali ini pula, sudah 4 kali ziarah aku ke sini di iringi dengan hujan lebat. Apatah lagi, Taiping adalah kawasan hujan paling panjang di Malaysia. Tidak hairanlah kalau hutan-hutan di sini hijau dan kawasan di sini seringnya sejuk, tenteram dan damai.

Kata Akhmal, jika ada rezeki dia akan keluar awal dari jangkaan asal Rekod prestasinya di sini sudah mencecah gred A walaupun ada sekali dia di rotan kerana membuat kesalahan.

Hmm.. Aku menerima berita ini dengan 2 perasaan. Biarlah aku tidak ceritakan perasaan itu di sini.

Sewaktu balik aku sempat menegur polis yang bertugas di bilik pengawal.

"Waa... bagus juga boleh tengok laptop di sini. Line di sini ok ke? Sini kan kawasan hutan!"

"Hmm.. ok. Saya sebenarnya tengah baca tentang khasiat kacang, ni. Rupanya kacang ni baik untuk kesihatan ya. Ada banyak protein. Selama ni saya ingatkan kacang ni tak bagus sebab boleh datangkan kolestrol."

Mungkin polis tu rasa tak berapa sedap ditegur begitu. Selalunya masa bertugas mana boleh buat kerja lain. Tapi aku tak kisah kerana aku faham tugas menjaga STB ni kekadang boring. Asyik terpacak aje tengok monyet bergayut pun tak boleh tahan juga.

"Tak bagus tu bagi orang yang ada penyakit," balasku.

"Orang Yahudi, isteri mereka yang mengandung digalakkan memakan kacang sebab mereka percaya kacang boleh membuatkan anak mereka menjadi manusia bijak. Agaknya, sebab itulah orang Yahudi sekarang ini kebanyakannya bijak pandai sampaikan boleh control satu dunia."

( rujuk di sini )

Teringat pula akan aku satu jenis kacang yang dipanggil kacang cerdik. Ni, Akhmal la yang bagi tahu aku. Dan entah kenapa pula dipanggil kacang cerdik?



foto ihsan dari www.kurmawi.com

10 ulasan:

bearcat berkata...

Selalu fed-up makan kacang cerdik ni sebab kulit keras sangat nak buka.

ibuintan berkata...

selamat pagi IM,
stuju dengan bearcat, kacang ni kulitnya memang sangat keras, memang boring waktu kopek, tapi sedap lemak manis...selalu belikan untuk anak2

kakcik berkata...

Salam IM..

kacang cerdik ni sedap, tapi kulitnya keras sangat. :)

hentian berkata...

kulit keras tak pa. jangan isi keras.

tapi sesetangah manusia lain pula, kulit lembut tapi hati keras.

ahmad humairi berkata...

sicerdik kacang...
dikupas, ditelan jua..

hentian berkata...

secerdik-cerdik manusia kekadang tertipu jua...

Mas... dan usaha untuk bahagia... berkata...

Akhmal bijak ke ayahnya lagi bijak? Kenapa dia di dalam, ayahnya di luar?

iBu...gUru berkata...

salam IM
pistacio ..............memang sdap dan selalu makan tapi ...... cerdik ke aku ni ?

S..U..D..@..I..S berkata...

cerdik tertipu...mna baik cerdik menipu....tipah tertipu..

hentian berkata...

mas,

akhmal di dalam sebab dia nak jadi cerdik. ayahnya di luar sebab ayahnya ingat dah cukup cerdik. he.. he..

kalau rajin pergilah ke taman tasik taiping dan cari STB. kau mungkin akan temui jawapannya...