Halaman

Ahad, 24 November 2013

Abang Beca

Aku baru balik dari kampung. Hadiri majlis perkahwinan anak sepupuku di RPT Sentang, Batu Gajah. Mahu pula  si Akhmal ikut bersama. Selalunya payah  untuk dia begitu.

Tak sangka, rupanya di sana aku bertemu dengan rakan-rakan sekampung. Bukan main rabungnya kami berbual kisah-kisah lama. Terlupa sekejap ibu_suri yang terkonteng-konteng makan bersaorang di meja sedang aku pula berbual di sudut lain sambil menjamah cendol S M Nor, aksesori selain nasi minyak yang amat sedap. Kemudian ibu_suri tak segan silu meminta aku tambah rendang daging ala-ala rendang tok yang memang terkenal di Perak.

Sambil DJ memainkan lagu-lagu mengiringi majlis, aku terpikat dengan satu suara yang aku kira dinyanyi oleh yang hadir secara karaoke. Lagu Abang Beca. Memang sedap patah-patah lirik yang dialunkan. Patutlah sedap alunan lagu itu. Rupanya yang menyanyi secara karaoke itu adalah M Rizal. Dah tua rupanya dia... Kening pun dah putih!

Selesai kenduri aku terus ke rumah mak. Adikku Mamat tengah sibuk membetulkan arial tv. Rupanya mak beli tv baru menggantikan tv lama yang dah rosak. Tv LED tu...

"Awak nak try dapatkan siarah TV Al Hijrah untuk mak." beritahu Mamat. Selain Duyah yang ditugaskan menjaga makan minum mak, Mamat juga orang kuat keluarga kami yang ambil berat hal-hal kebajikan mak seperti ke klinik atau bawa mak berjalan-jalan ziarah saudara mara. Aku memang salute  pada mereka berdua ini. Muga-muga Syurgalah buat mereka!

Seperti biasa, bila aku ziarah mak aku akan penuhi setiap masa aku dengan membersih dapur. Selalunya mak akan meminta aku membaiki mana-mana alatan eletrik yang tak berfungsi. Sedari dulu mak memang pandai mengambil hati anak-anaknya berdasarkan apa yang anak-anaknya mahir lakukan.

Seperti selalu juga aku cuma balik hari, tak bermalam di rumah mak. Kondisi ibu_suri yang tidak betah bermalam di tempat kecuali hotel atau rumah sendiri buatkan aku bersiap-siap balik selepas Maghrib. Aku harap mak faham dan tak berkecil hati!

6 ulasan:

Jay Ar berkata...

Dah lama tak dengar nama M.Rizal, penyanyi popular tahun 1980an tu...Rupanya dia masih aktif menyanyi...

ANIM berkata...

saya minat m.rizal ni dulu2..
teringat rambutnya kerinting ikal..
awatle tak ambil gambarnya, IM? hee
nak tengok wajahnya dimamah usia

sud@is berkata...

lagu tentang kehidupan..best2 ada cerita

smbotak berkata...

Macam pernah dengar je nama M. Rizal tu. Maaf kalau tak begitu mengenali...

❤Kamsiah❤ berkata...

lagu2 lama yg tak pernah jemu ditelinga...tidak spt lagu2 sekarang...belum habis didengar..dah tukar chanel lain..

Tanpa Nama berkata...

Teringin nk jumpa Uncle M. Rizal...Juara Bintang RTM 1978 tu dengan mengalahkan peserta favourite, Muhaini Suratman. Dengar2 belaiu menang sebab showmanshipnya bagus...lepas menang, terus berlakon filem 'Sumber Ilhamku'.