Sabtu, 2 Oktober 2010

Huuuu... Sakitttt....

Sabar je aku membontoti keenderaan yang mengular di atas jambatan. Kak Ilah yang duduk di sebelahku dan pot..pet..pot..pet bercerita hal-hal kerja cuma aku beri respon sesekali. Kesakitan yang aku alami amat tidak menselesakan aku. Seakan mau saja aku terbang ke klinik. Huuu... sakittttttt......

Semakin berdenyut-denyut. 2 hari sudah denyutnya sikit sahaja. Sejak semalam mula ianya menggarang. Hari ini aku menjadi semakin mengerang. Aku teringat peristiwa yang lalu. Dik terlalu sakit seperti ini aku 'tawaf' depan tv dari pukul 2 hingga 6 pagi seorang diri...

Baru aku dapat rasai sendiri betapa kerdilnya aku. Sakit yang begini pun tidak tertanggungkan apatah lagi sakit tatkala Izrael mencabut nyawa. Itupun jika amalan berpahala semasa hidup banyak untuk dibawa bersama. Kalau yang banyak itu amal berdosa?

Memang sejak 2 menjak ini jambatan asyik jem. Sampai di klinik Ameen, Seberang Jaya pun dah jam 7. Aku harap klinik belum tutup. Tak ada orang yang datang selain aku dan doktor belum rihat untuk sembahyang. Masa aku bawa ibu_suri sakit dulu, aku terasa di'perli' apabila staf klinik minta aku tunggu dulu sebab doktor sedang sembahyang sedangkan aku belum lagi.

"Gusi awak sebenarnya bengkak.."

"Gusi saja. Gigi, ok?" Aku macam tak mahu percaya. Kalau benar ada gigi rosak aku nak doktor cabut aje. Kalau boleh sebaik keluar dari klinik ini aku tak mau sakit-sakit dah. Sengsara di buatnya...

"Awak makan ubat yang saya bagi nanti. InsyaAllah akan lega. Minggu depan awak datang balik. Saya cuci gigi awak. Banyak karang gigi."

"Betul ke doktor tak sakit nanti ni?" Sekali lagi aku ragu-ragu.

"InsyaAllah."

Aku tidak terus balik ke rumah malah singgah di gerai depan market Jalan Tuna untuk makan dan selepas itu telan ubat. Tak sabar rasanya untuk merasai nikmat yang paling hebat yakni nikmat tidak sakit.

Aku makan char koey teow sahaja sebab ianya lembut sedikit. Itu pun jenuh aku bertahan bila mengunyah.  Kunyah pelan-pelan kemudian aku telan. Tak dapat aku nikmati kesedapan  char koey teow. Malah terasa seperti untai-untai char koey teow yang melalui ke dalam usus masih dalam bentuk panjang tanpa hadam. 

Talipon bimbit aku terus bergetar. Aku tahu ibu_suri sedang menunggu  kepulangan aku di rumah dengan kerisauan. Namun bila di rumah nanti aku belum pasti boleh mensantaikan diri di katil. Biasanya ibu_suri lebih mengharapkan aku memberi perhatian kepadanya berbanding kepada diri aku walaupun dalam keadaan kesihatan yang terencat begini!

7 ulasan:

Acik Erna berkata...

salam IM..sakit gusi aduhai..sakit sungguh.
akak pernah kena sebelum puasa..dah susut bengkak dan tak sakit pi cabut,,rupanya diakar gigi dah ada tanda hitam..tu yang buatkan sakit..kata doktor..dari luar memang tak nampak lagi..

CgMas berkata...

CgMas br cabut gigi yg blkg tu.. rupanya di celah tu.. di luar kecik, dalam dah besar lubangnya... rasa x teringin nak jmp dentist lg dah lps ni..

Sakit gusi belum pernah lg.. kesian la pulak...

ainnoraini berkata...

salam IM...
semoga cepat sembuh ye...belum pernah rasa sakit gigi lagi...tapi minggu depan ade buat buat temujanji dgn dokter gigi...

ibuintan berkata...

sakit gigi atau gusi, untuk kelegaan sementara, berkumur-kumur dengan air garam..

tau cam mana sakitnya, terutama time berdenyut2

FaAtip berkata...

smbil smbil tu kumur air suam + garam. adoiiiiii..macam Ibu
Suri jugak, saya sendiri tak boleh berenggang lama2 dgn hubby. oopsss.. :)

ahmad humairi berkata...

salam,

....lambat cabut...tu yang sakit tu.

hentian berkata...

gigi IM masih sakit tapi kurang denyut. cuma yang tak best, makan nasi ok tapi menikmati kelazatan itu yang tak berapa ok.