Isnin, 10 Januari 2011

Poket Pun Letih Juga

Sebenarnya aku keletihan. Aku berbaring di sofa kerana terasa mengantuk. Tapi ibu_suri seperti anak-anak kecil yang tidak memahami suasana.

"You jangan tidur la. Jom kita pi makan malam kat Sungai Petani."

Tadi baru saja bawa dia pergi makan tengahari di Kulim. Kemudian bawa siar-siar keSeberang Jaya. Nasib baik dapat panggilan bahawa CT dan Akhmal baru saja sampai di Penang Sentral setelah selesai menziarahi mak CT di Kajang. Itu alasan baik untuk aku pergi ambil mereka dan boleh untuk balik ke rumah dan rihat sekejap.

Satu masa dulu ibu_suri terlalu agresif hinggakan hendak bertemu dengan semua nama-nama besar termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang. Kemudian di satu tahap dia terlalu murung. Tidak mahu makan dan tidak mahu berjumpa sesiapa. Kali ini dia seperti anak kecil yang selalu gembira dan selalu  mahu dibawa siar-siar. Bila cuti hujung minggu beginilah yang selalu aku pening untuk fikirkan.

Itu aku tak kisah juga asalkan dia gembira. Lebih  baik dari keadaan pertama dan kedua sebelum ini. Yang tak tahannya ialah badan ini letih. Dan poket lagi letih bila melihatkan harga Shell RON97 asyik naik hingga mencecah RM2.40 dan terus naik seperti tak mahu turun-turun dah!

20 ulasan:

kakcik berkata...

Di kedai makan yang kakcik dan suami selalu bersarapan pagi, terang2 diletakkan notis bahawa harga makanan dan minuman dinaikkan mulai 1/1/2011 - mana janji pemimpin? :(

Abd Razak berkata...

Semua rakyat mengeluh sekarang ni, namun ianya tak didengar oleh pemimpin..

abu muaz berkata...

memang tak turun dah tu...melainkan pru 13 selepas mac ni.

ab@h_Izz berkata...

hi..hi kat sini kepok lekor pun naik gak!! ..mmmrm mungkin pasal musim tengkujuh kut@pakai ron97 gak..:)

Aida Ali berkata...

Keikhlasan dan keprihatinan tuan amat jelas sekali. Harganya lebih mahal drp barang2 yang tengah naik ni...

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

tambang teksi yang turun.....dibayar waktu kita turun dan sampai ke destinasi.

ghost writer berkata...

demi orang yang disayang...

keletihan hilang bila dapat melihat kegembiraan mereka.

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Saya doakan semoga IM dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yang baik dan ketabahan hati oleh Ilahi...

Betapa besar ganjaran pahala IM menjaga family selama ni.

hrusli61 berkata...

Beri ibu_suri peluang berinteraksi dengan sahabat-sahabat rapat yang dahulu.

Mungkin dapat mengimbau dan memotivasi dirinya.

Beliau akan rasa dihargai dan tidak bergantung kepada Im 100%.

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Kakak confirm tidak akan ada harga yang turun. Mengeluh macam mana pun keluhan hanya didengari oleh diri sendiri. Masing-masing bungkam dengan suara bisu.

Yg boleh bersuara terus bersuara gagah tanpa merasainya.... Inilah jadinya....

Mila@Rimbun berkata...

semua naik.. darah pon naik jugak hahaha...

ikhlaskan hati.. insyallah, Dia sentiasa disisi..

siti murni berkata...

Salam IM,

dah tu pegi ke SP ke tak??
kesian IM..sabar lah.
IM selalu guna ron97 ke? saya guna ron97 time baru dapat gaji je..sekali dua dalam sebulan. selebihnya...guna je ron95. tak tahan..mahal sangat.

kak wan berkata...

Salam IM..,
Moga di beri kesihatan yang baik dan kesabaran selalu.
Selalu fikirkan yang positif InsyaAllah IM akan ceria selalu.

ibuintan berkata...

sibuknya IM,

semoga terus sabar dan tabah demi menceriakan ibu-suri

bila minyak naik harga, otomatik hampir semua harga barang juga akan naik

rakyat didahulukan susah

republik n9 berkata...

seronok bile orang2 yg kite sayang gembira... sabar IM, minyak naik tu tak bleh wat ape dah, yg kite bleh wat bile election nanti...

S..U..D..@..I..S berkata...

mungkin ibu_suri kesunyian seharian dirumah..

minyak naik poket tambah penat..

luahfikiran berkata...

SALAM,
KALAU SERONOK DAN MENYENANGKAN HATI, LETIH PUN TAK MENGAPA ! TAPI JANGAN LUPA, BADAN PUN PERLU RIHAT JUGA

Ibu n Abah berkata...

IM..
berseleranya tengok ibu suri makan... sure sedap tu.. nasi kandar... hmmmmm.. faberet akak....

maiyah berkata...

kalo ibu suri gembira pasti hati IM senang kan, jd jgn miss utk gembirakannya slalu.. ;)

ahsfantasy24 berkata...

mmg skit n tenat la poket,
bkan stkay RON jek,nk goreng
ikan pn da mule garu kpala myak xdek..
huhuhuhu~