Halaman

Jumaat, 14 Januari 2011

Soalan Yang Susah Di Jawap

Sambil memandu balik dari makan malam, aku perasan ibu_suri asyik memandang aku. Tangan kanannya seperti selalu diletakkan di atas riba kiriku yang sesekali naik turun menekan kelac.

"Sebab apa you sayang kat I?" soalan itu terpacul kembali ke telingaku. Aku sepi seketika. Soalan yang mesti berhati-hati menjawapnya.

"You asyik tanya soalan ni dari anak kita kecil sampailah anak dah nak kawin. Kan abang dah kata banyak kali, soalan ini abang takada jawapannya. Tak ada perkataan yang boleh abang gunakan."

Dulu dia pernah tanya soalan cepu mas seperti ini juga.

"Apa bukti you sayang I?"

Huu... Memang tak ada bukti. Aku bukannya pandai bermadah indah. Bukan pandai memberi hadiah tanda cinta.

"You akan tahu bila sampai masanya nanti." ujarku.

Nah, sekarang aku fikir inilah jawapannya. Tanda aku kasih dan setia kepadanya, walau dalam keadaan dia seperti ini, aku masih berada di sisinya. Mandikan dia. Suapkan makanan ke mulutnya. Malah kekadang basuhkan p******gnya bila diminta.

Tidak itu satu pengorbanan tanda kasih aku sebagai suami terhadap dia sebagai isteri?

Setiba di rumah ternampak seperiuk bubur kacang yang diberikan oleh Ummu Hidayah (isteri blogger Jendela Hati) terletak di depan pintu. Dan ibu_suri yang memang gemar memakan bubur kacang seperti tidak sabar meminta aku sediakan untuknya.

Melihat bubur kacang yang tentu rasanya manis, aku tiba-tiba teringat kisah Ahmad Albab...

20 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Salam IM,

Saya tabik dgn awak. Semoga terus menjadi suami mithali dan penyayang.

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Tabik la kat IM...
Susah nak cari lelaki mcm IM skrg ni..Ibu Suri makan xde pantang ker?
Senang la mcm tu yer..

ghost writer berkata...

mencintai seseorang itu tidak memerlukan alasan...

cukup tindakan sebagai persembahan tanda cinta.

kakcik berkata...

Cinta sebenarnya tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Andai menyatakan sayang tanpa batasan, tapi di belakang penuh curang - apalah ertinya...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Nak bagi sebab kenapa sayang tu yang payah erk...

Kamsiah berkata...

salam
tak semua soalan ada jawapan...kdg2 kelakuan dan perbuatan kita itulah jawapannya...

ahsfantasy24 berkata...

huuu..
yewp kdg2 ad soalan yg xde jwapan,
heee~

S..U..D..@..I..S berkata...

Selagi soalan belum terjawab selagi tu perasaan ingin tau ibu_suri.....

sekali skala bermadah elok juga IM, kasi umph pnya ayat.....

ainnoraini berkata...

salam IM...
saje nak menguji IM...

ape2 pun saye tabik kat IM...itu la sebenarnye kasih sayang IM pada ibu surikann...kasih yg tiada berbelah bagi..untung ibusuri dapat suami sebaik IM...

hentian berkata...

YB,
IM menulis juga untuk iktibar bagi lain orang.

shinju,
ada pantang. Pantang jumpa..he..he..

biskut,
orang perempuan selalunya tak sabar menanti jawapan.

kak cik,
itu tak sepatutnya berlaku kerana kita sudah berjanji dengan tuhan..

abd razak,
memang payah sebab takut hati retak

kamsiah,
jawapan yang macam tu lambat sangat.

ahsfantasy24,
selalunya masa yang menyimpan jawapan itu.

sud@is,
tu la... IM pandai bermadah dengan pen aje tapi tidak dengan lidah.

ainnoraini,
ujian tu la yang kena hati-hati. takut silap jawapan terkena panah beracun.

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

ibu suri dah tahu...sengaja mengusik. IM pun dah buktikannya.

mario berkata...

ye...soklan yg susah nak jawab...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Soalan cepumas tu rasanya memang soalan feveret setiap isteri.

Walaupun dari perbuatan suami kita sudah tahu dia sayangkan kita, tapi nak juga dengar dia kata yang dia sayangkan kita kerana..........!!

Biarlah keadaan yang menjawabnya.

siti murni berkata...

Salam IM...
kalau nak tau..itu la soalan favourite org perempuan...

Syahazli berkata...

soalan favourite orang perempuan, dan jawapan lisan pun ditagih.......maka dengan sebab itulah ramai perempuan tertipu dengan jawapan cinta berapi dari lelaki-lelaki (bukan semua) yang cuba mengambil kesempatan. Cakap tak guna sehebat manapun menyalak gunung tak runtuh..........perbuatan menyatakan segalanya.....kan IM kan

hentian berkata...

humairi,
entahlah...macam nak test jer..

mario,
tak jawap pun susah. nak jawap pun susah.

kunang-kunang,
agaknyalah tu!

siti,
pasai apa perempuan macam tu? rimas IM dibuatnya.

syahazli,
IM pun terfikir begitu. kerana sikap suka diampu, perempuan selalu ditewaskan dengan rayuan palsu.

Kakzakie berkata...

Dari apa yg IM lakukan telah terbukti kasih yg tidak terhingga. Cuma musykil kerana pergerakan terbatasnya tidak membosankan diri IM itu menyebabkan terpacul soalan itu agaknya...

roslaini saad berkata...

Assalamualaikum..
Saya dah lama ikut blog ini...
setiap kali saya membaca tentang ibu-suri..saya tertanya-tanya adakah saya akan dilayan sedemikian kalau saya ditempatnya..walau pun saya sekarang disayangi oleh 5 lelaki ..Katakan pada Ibu_suri dia memang bertuah...dan bernasib baik..

@na berkata...

Syabas IM. mmg anda hebat..terkedu saya membaca catatan ini. Tahniah ibu_suri dianugerah Allah suami yang soleh yang berjiwa kental.. Syabas utk kalian sekeluarga...

hentian berkata...

kakzakie,
bosan tu usah cerita. cuma tersimpan jauh ke dalam dada.. sebab itu jangan dikorek keluar. takut mengalir airmata..

roslainisaad,
IM berpandangan jika kita baik dengan orang hari ini lain kali orang akan baik dengan kita..

@na,
syabas juga buat @na yang masih tegar menjaga keluarga. hidup ini tidak lama. rugi rasanya kalau tidak berbuat baik sesama manusia!