Sabtu, 12 Mac 2011

Pasrah

Perkara yang paling merisaukan aku sekarang ialah perkahwinan Angah. Aku seperti tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Masa yang berbaki 2 bulan buat aku semakin panik dan kejang.

Aku mengalami masalah kewangan yang ketara. Di sepanjang perjalanan dari mula majlis pertunangan Angah tahun lalu, ada-ada saja yang berlaku yang membuatkan aku terpaksa mencairkan wang simpanan hingga ke tahap kering.

Semakin ramai rakan-rakan dan kaum keluarga bertanya tentang persiapan, semakin kuat ketarku di dada. Lebih kuat ketarnya bila setiap kali aku memandang wajah Angah.

Segala usaha yang aku cuba usahakan berhadapan dengan jalan buntu. Adik beradik yang cuba aku minta tolong hanya menyatakan .. maaf.

Aku kini hanya pasrah pada Tuhan. Setiap kali sujud aku bermunajat. Aku sudah ke tahap... push towards the limit. Aku tidak berdaya. Lemah seluruh anggota.

"Abang, bila you nak kemas rumah ni?"

"Abang, sebulan sebelum kahwin, kita kena hantar wang hantaran tu tau..."

Pengetahuan ibu_suri tentang permasaalahan aku ini tiada. Malah aku tidak akan beritahu dia kerana aku tidak mahu dia turut susah hati yangmana hanya menambah kusut simpulan ini.. Biarlah aku rengkuh sendiri segalanya.

Tuhan, tolonglah hambamu ini...

17 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam IM, bukan kah Angah dah menghilangkan diri?
Emm...duit hantaran IM kena support ker??
Entahlah IM, akak pun tak tahu aper nak kata...kalau akak ditempat dan situasi gini, akak pun PASRAH juga
kpd Yang Maha Esa..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lapangkan lah kekusutan yang menimpa kawan ku ini..
Kau berilah rezeki utk nya saperti yang tertulis di ayat seribu dinar..
Amin..

ghost writer berkata...

angah lelaki ker perempuan bang IM?

apapun,semoga Tuhan bukakan jalan penyelesaian.hadapi, berdoa dan usahakan.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...


Semoga ada juga penyelesaian kepada masalah IM ini nanti. Apalah daya kakcik hendak membantu? :( Hanya kakcik boleh tolong mendoakan yang baik2 sahaja.

Pn. Nani... yang menghilangkan diri itu bukan Angah, tapi anak angkat IM yang dipeliharanya sedari kecil.

GW... IM tiada anak perempuan - sama macam kakcik juga.

nyanyisunyi berkata...

Sedih juga baca rintihan hati IM ini...memanglah nak buat belanja majlis kenduri nikah kwen ni perlu banyak belanja dn sebagainya..berat mata memandang berat lagi bahu IM yg menanggungnya..bak kata kakcik..hanya doa dari kami agar segalanya dipermudahkan.

norh berkata...

semoga Allah mudahkan urusan...

NzA berkata...

sebagai seorg sahabat di alam maya, sy cuma mampu brdoa utk IM..semoga Allah permudahkan segala urusan..Allah Maha kaya n Dia mengatur sesuatu yg trbaik utk kita....

Anonymous berkata...

Who's that? penyanyi lagu insyaAllah tu.. tentang masalah anda.. positif akan selesai ya. Hr ni pening hal tu, esok dah boleh senyum sebab pasti ada cara penyelesaiannya.. cumanya jangan panik. IM kan ok je selama ni.. Serahkan segala2nya pada Allah (mudah cakap, buat kelam kabut gak den ni)

Aida Ali berkata...

Kalau masalah wang, bukan boleh setakat berdoa kan. Mestilah kena usaha cari. Semoga IM dapat mengusahakannya dgn sykt2 kewangan atau personal yg boleh memberi pinjaman dsb. Buatlah kecil2an janji majlis berjalan lancar...

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

Sama macam saya. Duit memang cukup untuk hantaran, cuma kenduri dipihak saya yang mungkin bermasalah....saya harap tiada yang mengata saya bila saya buat ala kadarnya sahaja. Kalau tiada aral melintang, saya jugak akan menyambut menantu pada akhir Oktober 2011 nanti, insyaAllah.

Kita hanya mampu berdoa, mudah-mudahan kita di pertemukan jalan penyelesaiannya...sabar IM, aku berdoa untuk diri ini dan dirimu juga.

ibuintan berkata...

semoga Allah mempermudahkan semua urusan IM.. rasanya kalau IM tak buat majlis dipihak IM boleh juga, biar majlis habis dipihak perempuan saja, lagi pun ibu-suri tidak sihat tentu pihak perempuan tidak berkecil hati dan memahami situasi IM

di tempat saya sini dah banyak yang buat begitu..tiada majlis dipihak lelaki

LadyBird berkata...

bincangla ngn bakal isteri die.. kalau btl2 sygkan bakal suami die..pasti die akn tlg selesaikan.. kurang2 x mintak hantrn tinggi2.. :)

S..U..D..@..I..S berkata...

semoga pertolongan dari Allah akan datang IM

hentian berkata...

tkasih atas komen dan cadangan baik dari antum semua. maaflah, IM takada rasa umph! untuk balas komen.

tehr berkata...

masalah memang masalah
lebih lagi kalau gagal cari jalan penyelesaian

berhutang untuk kenduri saya memang tak setuju, masalah akan bertambah kusut

mungkin lebih bagus kalau buat kenduri kesyukuran secara kecilan sahaja

roslaini berkata...

Bila IM..tulis begini...buat saya terfikir..macamana kalau saya di tempat IM...sedangkan sekarang pun dok asyik putus duit..itu tengah dua-dua kerja...
Tambah saya nanti ada empat anak lelaki...faham sajalaa kos akan datang mungkin melambung lagi tinggi...
sabarlaa IM...mungkin nanti Allah bagi rezeki dari sumber-sumber yang kita tak ketahui....

Adinda Amy Sensei berkata...

IM....

hrusli61 berkata...

IM perlu seorang sahabat yang mampu menjadi penasihat dan pembimbing dalam persolan ini.

Jangan diikut kemahuan duniawi semata-mata. Berupayalah mengatakan tidak kepada perkara yang kita tidak mampu penuhi.

Buatlah kenduri seadanya. Berjumpa dengan sahabat-sahabat usrah IM yang dulu dan minta bantuan mereka.

Jambatan Ukhuwah mereka sentiasa terbentang dan hanya menunggu IM berjalan di atasnya terus ketemu mereka di seberang sana.

Jika IM benarkan JH boleh berbincang dengan sahabat usrah JH.

Usaha disusuli dengan doa merupakan tawakal yang sangat baik.