Jumaat, 17 Jun 2011

Dugaan Hidup

Sudah separuh abad rupanya aku hidup di atas kulit bumi ini. Menghirup udara, makan dan minum dengan rezeki yang Allah beri. Tak sangka begitu lama juga Allah beri peluang kalau dikira mengikut angka. Tapi kalau dikira mengikut kesempatan macam baru semalam sahaja aku mengecapi zaman remaja. Macam baru semalam juga aku merasai zaman muda.

Memanglah, lain padang lain belalang. Lain orang lainlah ujian yang diterima. Tidak terkecuali diri aku. Usah singkap kisah semasa kecil kerana itu semua di bawah tanggungjawap mak dan abah.

Sekarang ini aku adalah ketua rumahtangga. Isteriku ditakdirkan menghidap sindrom Mood Dis-order sejak 2007 dan perlu di rujuk kepada pakar psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang setiap 3 bulan seperti hari ini. Anak cuma 3 orang dan kesemuanya lelaki. Sudah besar dan berdikari. Paling kecil mengalami sindrom Learning Disability yakni Disleksia yang hanya sempat aku kesan ketika dia belajar di Tahun 5 pada 2004.

Kesemua dugaan ini aku yakin Allah beri untuk melihat sejauhmana kekuatan, kesabaran dan ketahanan aku menghadapinya. Aku sedaya upaya mengharunginya walaupun kekadang terpaksa bertongkat dagu. Syukurlah kepada Allah kerana dikurniakan ujian yang sekadar termampu aku tanggung. Jika dibandingkan dengan mak aku semasa aku kecil dahulu rasanya dugaan yang mak aku terpaksa pikuli lebih berat. Jika aku ditempat mak belum tentu aku tahan memikulnya.

Aku menarik nafas panjang bila teringat perkataan Allah ini;

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (At – Taqaabun ayat 11)

8 ulasan:

BLOGGERS JIM PENANG berkata...

Tahniah, AH. Sesungguhnya sabar dan pasrah itu kunci kehidupan.

Teruslah menulis pengalaman hidup untuk perkongsian!

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah, kita masih boleh menulis dan berkarya keran saya yakin ramai yang tidak berkesempatan atas sebab-sebab tersendiri.

Semoga dugaan kita tempohi menjadi kifarat dosa-dosa kita dan merapatkan kita kepada Allah. Tidak menjadi sesat dan kian kufur kepadaNya.

Areef Ibn Naim berkata...

salam,

sesungguhnya allah menguji sekadar kemampuan hamba-Nya...

n dugaan n musibah itu adalh ujian utk org2 beriman...

mg tabah mengharungi ujian ini...

Abu Hanifah berkata...

BJP,
Terima kasih atas ransangan yang diberikan.

Rusli,
Muga Allah terus memberi kita petunjuk ke jalan yang lurus.

Areef,
Syukur AH kepada Allah kerana untuk kesekian kalinya AH masih tabah..

ku-cit berkata...

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

ku-cit berkata...

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

Itu Aku berkata...

semoga tabah dengan dugaan Nya AH
setiap yg terjadi ada hikmahnya...

Abu Hanifah berkata...

ku-cit,
Terima kasih kerana singgah komen kat entri AH. Percaya pada hikmah di sebalik semua ujian itu buat AH terus tabah sabar.

Itu Aku,
InsyaAllah.. Muga di penghujung lebuhraya ini akan temui destinasi kegembiraan!