"Abang, macammana dengan Akhmal?"
Mata dan pangkal hidung ibu_suri merah menahan sebak. Aku peluk ibu_suri walaupun aku baru sahaja berwuduk tapi belum bersolat Subuh.
"Tak mengapa. Jika Allah masih sayangkan dia, Allah akan beri dia petunjuk. Abang pi kerja dulu ya!"
"Abang balik cepat ya. I rasa sunyi sungguh!"
Aku akui ibu mana yang tidak meruntun hatinya jika melihat anak sendiri bergari memasuki van polis. Tapi jika itu adalah hakikat hidup yang perlu ditempuhi, tempuhi sahajalah dengan tabah. Bagi aku yang hampir tegar dek biasa perlu lebih teguh sikap dan airmuka berbanding ibu_suri.
Di saat kenduri kahwin Angah semakin hampir, ofis aku akan menghadapi musim Internal Quality Audit (IQA) 2 hari selepas itu. Akhmal pula buat hal lagi.
Di lokasi kerja aku cuba berkeadaan ceria seperti biasa. Di dalam kereta, aku memasang radio sekuatnya. Selalunya, bila begini aku suka dengar lagu-lagu kumpulan Kembara, Sohaimi Mior Hassan dan Ebiet G Ade yang mempunyai banyak lirik-lirik yang positif dan memberi semangat. Waktu breaktime di ofis, aku curi masa untuk solat sunat dan tidur sekejap.
Aku cuba menyerap semua tekanan yang datang!
29 ulasan:
Moga IM terus diberikan semangat dan kekuatan sebagaimana sahabat2 Baginda SAW..Moga kita terus berdoa agar masing2 dipermudahkan dalam apa jua urusan duniawi..
hati ibu..
apa pun kesalahan anaknya
rasa kasih dan sayang tak pernah hilang..
saya sebagai anak cuba memahami
perasaan mak saya bila situasi ini pernah berlaku pada keluarga saya..
harap tabah ya...
semakin memberat rasa dan emosinya.kerna saja punya semangat perjuangan hidup yang tinggi dan berserah pada tuhan,ia masih boleh dihadapi dan ditangani dengan baik oleh abang IM...
Im......
semakin banyak cabaran untuk mu.. tabahlah Im.. sejujurnya hanya Allah yang maha mengetahui.. semoga akhmal sentiasa diterangkan hati dan dipermudahkan..
jika dia salah.. maka itu yang perlu di hadapinya..
jika sebaliknya, ayu mendoakan akhmal cepat dibebaskan
dugaan demi dugaan untuk orang yang disayangiNYA. Semuga tabahkan hati.
Semoga Allah memberikan IM kekuatan yang bukan sedikit.
Besarnya ujian Allah beri buat IM. Kuat betul IM memikulnya. Allah....
IM, akhmal buat apa lagi?
datang lagi ujian buat IM dan ibu-suri juga... bersabarlah
biarlah Akhmal menerima akibat dan pengajaran jika betul ada kesalahannya, moga Allah memberi dia hidayah suatu hari nanti
Assalamualaikum...
Moga IM kuat dan sabar..
Semoga IM terus diberi kekuatan dan kesabaran mnghadapi setiap ujian dariNYA.....
ujian yg mendatang lbh menguatkan iman kita...moga IM dan ibu suri tabah....
salam IM. lama saya x singgah sini. tak terkata saya bila baca entri ni. cuma yg menghadapi yg tahu bagaimana nak tabah dan nak sabar.
harap bro dpt terus bersabar yer...
Tak terkata akak bila Akmal buat hal lagi..
Yang penting IM terus tabah menghadapi ujian depan mata dlm keluarga sendiri..
bersabar lah IM..hanya itu yang dapat saya katakan...moga IM terus kuat.
salam IM,
maaf lama tak bkunjung & btanya kabar... MM alpa seketika dek kesibukan kerja & sekarang cuti sekolah sibuk mlayan anak2 yg bercuti di SP dgn sedikit masa yg ada..
sabar, kuat & redha selalu seperti yg IM amalkan ye IM.. selagi bnama manusia kita mmg takkan henti mnrima dugaan... sabar selalu IM, hanya itu saja kata2 yg mampu MM katakan... brat mata mmandang brat bahu yg mmikul...
semoga IM diberi kekuatan dan Akhmal diberi kesedaran
omaq,
muga-muga begitu... ameen!
diana,
ibu akan tetap untuk cuba berkata..anaknya tidak bersalah!
ghost writer,
muga kekuatan semangat dan pasrah itu terus untuh kerana hidup ini mungkin panjang lagi untuk ditempuhi..
CR,
IM tahu selagi bernama manusia, tak akan henti dugaan ini mendatang
kak pah,
insyaAllah, IM akan terus tabah.
kak cik,
tkasih atas doa itu
kak zakie,
terpaksalah kuat. agaknya Allah tahu setahap mana kekuatan IM. setakat itulah yang diberinya.
ibuintan,
hmmm... gitulah nampaknya. tak serik-serik dia..
abd razak,
setakat ini IM tetap sabar.
mP,
insyaAllah IM akan masih tetap bertahan.
nza,
tkasih atas peransang.
ain,
gembira bila lihat singgahn ain. harap ain juga akan tabah hadapi hidup seperti IM.
mario,
insyaAllah, IM akan terus bersabar!
marina,
agaknya suratan hidup IM memang untuk menimang ujian melalui Akhmal.
siti murni,
kata-kata itu juga sudah cukup bernilai buat IM.
MM,
kesibukan kekadang boleh mengubat keresahan di dada. baguslah kerana tidak lupa akan kemesraan bersama anak-anak. mereka adalah obor kebahagiaan dalam hidup kita.
sud@is,
IM selalu doakan muga dia akan berubah satu hari nanti.
Dugaan itu hak Allah, Dia lebih mengetahui. Bagi kita pula bagaimana kita menanganinya. Jika tiada tindakan susulan maka ianya jadi 'by default' menunggu apa akan terjadi. Tiada terarah.
Saya nasihatkan Abu jika masih ada kesempatan dan peluang hantarlah Akhmal ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Al Barakah di Kg Lebai Kudung. Kota Kuala Muda, Kedah.
Selama 2 tahun proses pemulihan dan sebulan yurannya RM440. Rawatan ala pondok.
Semoga Akhmal dibebaskan secepat mungkin.
kuatkan semangat ya IM..
banyak bersabar na
Bahu yg menggalas segala payah sajalah yg lebih tahu segalanya..kami hanya mendoakan semoga bahu itu terus kuat dan masih kuat untuk apa apa kemungkinan pun..
Tuhan sentiasa bersama IM, sentiasa ingat tu.
Inna maalusriyusra...wainnamaalusriyusra....
Berbincanglah dengan 'stress' itu, insyaAllah penyelesaiannya matang.
Salam IM
bila membaca kisah Im..saya rasa sgt sedih..sebenarnya sy juga menghadapi satu masalah yg begitu payah utk dikongsikan bersama..masalah anak perempuan...dan skrg sy sentiasa tertekan dgn masalah anak lelaki yg sdg meningkat remaja ini..kdg2 tk tahu pada siapa nk mengadu..walaupun pada Allah sudah pasti..doa tak putus2..saya terlalu takut bila anak2 lelaki sy keluar malam...tergambar berbagai gejala sosial diluar sana..sy sangkakan hanya sy seorg ibu tunggal yg akan mengalami masalh begini..bila baca kisah IM sy tahu ramai ibubapa yg menghadapi masalh anak2..tak kira ibu@bapa tunggal atau ibubapa yg hidup bersama..
mudah2an IM dan Ibu suri diberi kekuatan dn ketabahan mnghadapi masalh Akhmal..
Sy rasa situasi kita sama...berusaha berwajah ceria seperti tiada apa2..berusa bergelak tertawa di ofis seperti biasa2 padahal dalam hati sedang bergolak, sedang berperang...Allah bantulah kami...
b3njy respect cara IM mengawal stress dan tekanan .... sememang ia akan membuka hati kepada sesuatu yang positif sekali gus membuka ruang untuk memperbaiki dan membetulkan keadaan .... terima kasih kerana saudara IM banyak memberi b3njy gambaran2 yang baik untuk bersabar ... TQ segalanya ...
hati ibu mmg hati yg lembut ibarat kapas..semoga IM kekal tabah dlm menghadapi segala ujian tuhan..:P
Semoga IM terus tabah. Didoakan kebahagiaan di hujung perjuangan.
mampukah kita menyerap tekanan itu? moga tuan dikurniakan kekuatan
Catat Ulasan