Selasa, 12 Julai 2011

Bahasa Budak Tecik

Aku pernah dis-able satu blog dari sisipan semata-mata kerana bloggernya menggunakan bahasa sms hampir 50% dalam hampir semua tulisannya. Otak aku letih dalam memahami barisan perkataan yang ditulis secara short form. Aku selalu skip perenggan bila membaca dan akhirnya komen ala kadar sahaja.

Kini, ada satu lagi trend yang aku perhatikan iatu bahasa budak kecik. Itu jadi ittew, actually jadi ekcelli, kecil jadi tecik. Yang lebih menyedihkan profesion blogger itu adalah guru.

Tak fahamlah aku bagaimana carafikir mereka dalam menghayati dunia penulisan. Sedangkan aku yang sedari sekolah menengah belajar dalam Aliran Sains dan kerja pula dalam bidang Teknikal, semampu boleh mahu menulis menggunakan bahasa Melayu yang indah.

Kalau setakat sesekali terkeluar sikit dari laman Bahasa Standard itu masih ok. Terlalu dikongkong oleh etika Bahasa BAKU pun tak meriah dan terpenjara pula daya kreativiti. Kita bukannya penulis ilmiah tetapi penulis kreatif. Cumanya janganlah kretiviti membunuh hasil seni.

Dalam banyak-banyak penulis mutakhir ini yang aku suka membaca artikelnya ialah Ahmad Lutfi Othman.

13 ulasan:

aku HIV positif berkata...

tergeliat lidah bila cuba menyebutnya. He3..
Teguran yg sungguh tepat & mendalam.
T kasih

kakcik berkata...

Kakcik juga cuba mengelak dari masuk dan membaca blog2 yang menggunkan bahasa kanak2 - mungkin sebab kakcik dah tua! ;-)

Mario berkata...

hehe...tp kadang2 ok jugak baca...walaupun kdg2 tak paham...

Bapak berkata...

penulisan melambangkan pemikiran & persekitaran penulisnya walaupun kadang-kala tak kena dengan profesionnya..

Kakzakie berkata...

Kakak punya persepsi macam IM juga. Kadang tak faham dan kenalah baca berkali-kali hanya kerana utk memahami apa dimaksudkan...

NzA berkata...

sy pn slalu guna budak kecik sbgai budak tecik tu IM..bahasa pelat anak2....hu.hu.hu...

ttp sy pn pening bila bc bhs SMS tu...xgitu serasi....

sahromnasrudin berkata...

blog saya pun cacarmarba gak tulisannya..trime kasih kerana tuan masih sudi berkunjung..saya sgt menghargainya

zul permatang badak berkata...

untuk menulis,DENGAN....meringkaskan menjadi DGN pun saya jadi serba salah....sebab pihak penerbitan akhbar meneliti, mengambil kira setiap sudut.....penggunaan huruf besar dan kecil kita perlu berhati-hati.......

lagi risau....kalau tertinggal hurup G...........seperti [mengunakan]walau pun kita tidak sengaja, tapi........ada kemungkinan karya kita dibakulsampahkan...............

sukar menulis diakhbar.........sukar memikat hati editor..........
tapi sebelum menghantar karya......
saya membuat penelitian yang rapi........
merujuk kamus dewan......aduh......

hani@debumelukut berkata...

IM,
tak dinafikan, akak ni walau seorang guru pun tak gunakan perfect bahasa melayu. kalau buat essay spm sah fail!
but bearing in mind that this is not an essay writing..suka suka menulis saja dik.

MulutPayau berkata...

IM..
Kadang2 cuba jugak utk memahami setiap patah perkataan kalau masuk dlam blog2 mcm ni walau ada yg tak faham..

p/s...saya pun sllu jugak guna bahasa rojak ni...

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Akak pun macam tu, dalam usia sekarang ni susah nak faham bahasa sms tu. Zaman kita dulu tak ada.

Anonymous berkata...

betul tu IM,kita punya pandangan sama.
yg empunya blog tu bukan nya gadis remaja,tapi dah mak budak dewasa,masih lagi dgn pengunaan bahasa kanak2,cucu2 ku yg 1thn-5thn. meyampah saya membaca bahasa mcm tu.
maaf ler pada siapa yg terasa.

insan_marhaen berkata...

hani,
Walaupun menulis suka-suka, kenapa tidak dengan bahasa yang cantik?

MulutPayau,
Baguslah kalau ada sentimen 'no' tu bahasa rojak.

Kunag-Kunang,
Zaman kita dulu ada tapi tak sebanyak sekarang.

Tanpa Nama,
Kerana ada cucu tu lah yang Tok dan Neneknya terikut-ikut..