Foto ihsan PRO-NEO |
Dengan jasa baik blogger HT, aku dibawa ke bengkel kereta Camar Auto di Tanah Liat. Selepas berbincang, kereta aku akhirnya terpaksa di tunda kerana berkemungkinan fuel pumpnya bermasaalah.
"Err... Abang tukar dengan part tulen proton, ya!" pintaku.
"Memang sebab fuel pump Wira model kahwin VDO ni, alang-alang tukar biar dengan yang ori. Susah sikit proses tukarnya. Tak sama dengan Wira model lama MMC"
"Berapa harga?"
"RM180. Model Denso. Kalau yang murah RM80 pun ada."
Hmmm.... nampaknya tak jadilah aku nak buat selenggara pendinginhawa sepertimana rancangan aku dan Angah semalam. Kesian Angah. Tentu perjalanan balik kampungnya nanti akan kehangatan. Pendinginhawa Wira ni dah tak berapa sejuk. Angah pula lansung tak balik kampung sejak hari walimahnya sebulan lalu.
"Balik la. Opah tanya banyak kali dah tu. Jangan menyesal pulak nanti." Begitu nasihatku pada Angah yang susah nak kemana-mana sebab cuti Ayu dan cuti kerjanya tak sama.
9 ulasan:
betul tu.. baik guna yang ori meski mahal sbb puashati dan kualiti lain.. lebih tahan lama..
biar mahal, baru berbaloi-baloi kan..
NUR,
Hidup juga mesti dengan Islam yang ori. Bukannya tempel-tempelan.
ku-cit,
Alah membeli menang memakai kata pepatah orang tua-tua, ya...
Maaf saya kurang setuju. Kerana dengan kesempitan kadang-kala yang tak ori terpaksa diguna untuk menyambung perjalanan ini.
IM .. betoi tu..
hrusli.. kalau mampu apa salahnya.. kalau tak mampu tapi nak dimampu mampu kan.. memang sempit le jadinye..
Kereta memang pandai, dia buat hal masa kita ada urusan.
mahal sikit xpe, jani ori.....
mesti opah sdg merindui cucunya...
hrusli61,
Yang berkaitan dengan keselamatan sedaya upaya beli yang ori. Kosmetik luaran beli yang biasa-biasa tak pe.
NUR,
Kalau tak mampu, tengok aje le.
Kunang-Kunang,
Memang tepat tu. Semalam dapat gaji, hari ni kereta buat hal. Tpi syukur juga. Kalau dia buat hal masa belum gaji?
NzA,
IM agak ada yang tersirat di hati Opah.
alhamdullilah. jumpa juga ruang masalahnya..
moga pilihan IM tepat ya...
amin
Catat Ulasan