Halaman

Ahad, 28 Ogos 2011

Lemang YouTube

Along ada balik dari KL. Cuti seminggu, katanya. Dia ada bawa balik lemang 3 batang dan dodol satu bekas.

"Ini lemang YouTube, ayah" bagitau Along.

"Pasai apa YouTube?" Ada sedikit gelihati mendengar nama itu. Macam-macamlah anak muda zaman  FaceBook ni.

"Resipinya... Along ambik dari sana. Bos tempat kerja minta kami yang training dengan dia buat kat rumah dia."

Aku cuba mengopek buluh untuk merasa lemang buatannya itu. Aku sendiripun tak pandai masak lemang. 

"Mai ai... tebalnya buluh ni. Ini bukannya buluh lemang ni. Buluh lemang kulitnya nipis je.." gerutu aku yang terkial-kial mengopek. Maklumlah.. tenaga bukan lagi seperti zaman muda dulu.

Namun bila aku makan sedikit lemang tu...hu.. memang aku akui sedapnya. Saling tak tumpah rasanya macam lemang yang Abah aku masak di kampung.

Malam, aku ajak ibu_suri mencari rendang untuk dimakan bersama lemang. Putar-putar aku di Jalan Baru, Perda. Akhirnya berjumpa juga. RM10 untuk 300 gram. Huu... mahalnya aku rasa.

Esok, ibu_suri peringat aku lagi supaya membeli 2 ekor ayam. Nak buat rendang katanya. Aku memang akui, ibu_suri pandai buat rendang. Dulu laa....

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

Ermmm lemang kegemaran saya..:0

kakcik berkata...

Suami kakcik pun minya kakcik buat rendang ayam untuk di bawa balik ke rumah mertua. (tapi, kakcik tada ada rasa semangat nak berhari raya).

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Sekarang ni lemang macam2 ada. Ada sesetengah tu lemang rebus. Ini cerita di lembah klanglah.

hafrawiey ozakawa berkata...

erm..best la.alhamdulilah setiap tahun nver miss to lemang.like2

MulutPayau berkata...

lemang dgn rendang..mmng sedap!!!!..

p/s..Selamat hari raya uk IM dan fmly..

hrusli61 berkata...

Lemang dan rendang memang best. Tapi bila partner dengan serunding pun sodap.

Barakallah dan selamat hari raya.
Maaf zahir batin

Citarasa Rinduan berkata...

daging en zalie tak boleh makan, tak elok utk kesihatannya.

mmg mudah zaman skrang kan???
klik hujung jari dah boleh masak itu ini...

werdah berkata...

Salam,

Salam idul fitri, taqabbalalLah minna wa minkum ya Kareem...maaf zahir batin

insan_marhaen berkata...

Abd Razak,
Kegemaran tapi susah nak dapat yang sedap sekarang ini kecuali masak sendiri..

kakcik,
samalah kita..

Kunang-Kunang,
IM pun pernah makan lemang rebus. Dengar cerita lemang masak dalam silinder besi ( ganti buluh ) pun pernah dicuba.

HO,
IM pun tak pernah miss..

MP,
Makan dengan rendang kerang..best!

Rusli,
Tak.. dengan rendang lagi best!

CR,
Tuhan dah ambil sedikit dari nikmat hidupnya. Syukur sahaja, nikmat lain masih ada..

Werdah,
SHR juga dari IM!