Berbuka puasa hari ini ada CT bersama kami. Bila ada CT, anak dan cucu saudara yang lain pun bertandang sama ke rumah. Meriah juga rasanya. Tapi, kena tahan sabar la sikit dengan kerenah cucu saudara. Masih kecil dan lesek belaka. Balik mereka nanti, terpaksalah aku sapu dan lap semuanya.
Pun bagiku yang penting ialah ibu_suri. Tersunggin senyum dan tawa yang panjang. Ditambah dengan petang tadinya kami sempat ziarah Akhmal yang masih di sana. Terubat sedikit rindunya yang sudah seminggu lebih tidak berjumpa.
Agama itu persis landasan yang melorong kita tepat ke destinasi. |
"Ayah dah berusaha dan hampir keletihan menjaga kamu. Sekarang ini, semuanya terpulang kepada kamu. Jika kamu ingin berjalan di jalan yang lurus, ayah akan bantu kamu walau seburuk mana kamu sekalipun. Tetapi jika kamu masih tega dengan jalan yang bengkang bengkok, terpulanglah kepada kamu. Cuma ayah nak bagi tahu kamu, walaupun kamu hanya anak angkat ayah, ayah tak pernah jaga kamu seperti bukan anak ayah. Malahan, ayah jaga kamu lebih berhati-hati berbanding Along dan Angah."
20 ulasan:
nak ubah sikap yang susah tu IM..nak ubah tingkah laku senang, tapi sikap yg susah
nak ubah sikap yang susah tu IM..nak ubah tingkah laku senang, tapi sikap yg susah
Semoga Akhmal dapat 'membaca dan memahami' apa yang IM tuturkan kepadanya. InsyaAllah.
IMANSHAH,
Ada beza antara sikap dan tingkah laku? Sesekali fikir, betul sesangat kata-kata itu!
kakcik,
Harapnya begitulah. IM mau sangat melihat dia mempunyai hidup yang sempurna seperti anak lain yang sebayanya!
Assalamualaikum
Di bulan yang penuh barokah ini, saya doakan agar suatu hari nanti Akhmal akan dapat mengenal antara jauhari dan manikam. InsyaAllah.
assalamualaikum IM
bertuahnya ada ayah seperti IM..
walau akhmal dah cukup akhil baligh masih terima nasihat dr ayah..
cemburunya saya.. sbb family hanya menyokong tiada kata2 nasihat.. tapi saya tahu ayah ibu tamo menghalang saya slps saya bklrg...
yang penting saya sentiasa membawa akhlak dan sifat y baik2 tanpa aibkan mana2 pihak
Im, IM telah melakukan yg terbaik, terpulang lah kepada Akmal untuk mencorak masa depan dia..kita doakan Tuhan mempermudahkan segala payah..IM, akak doakan IM sentiasa mewah sabar, mewah redho dan mewah keberkatan.
mudah2an akmal akan berubah dan dpt menilai yg baik dan buruknye...
siapa tak sayang anakkan IM..walaupun anak angkat yg kite jaga dari kecil...sabar ye IM..
ros,
terima kasih atas doa. IM juga menitipkan doa muga kita semua tidak tersilap dalam memilih itu.
CR,
muga kita diampunkan Allah dan diberi jalan yang lurus.
IM,
Mudah-mudahannya begitu.
ain,
It is ok. IM selalu positif dalam hal ini.
semoga Akhmal dibukakan pintu hati dan dilembutkan hati dibulan mulia ini....InsyaAllah....
nasihat yg baik moga keadaan akan berubah,insyaalllah
langit x sellu mendung
setuju 100%
sedih pulak baca n3 ni diiringi lagu kat blog ni... semoga dia berubah... kena sll slow talk...insya Allah dia akan berubah...
Semoga ada nur di sepanjang perjalanannya..
nza,
terima kasih atas doa
sud@is,
mendung tu ok. jangan hujan sampai banjir..
AHP,
terima kasih.
mario,
tu dah slow talk le tu. IM memang tak pandai nak fast talk..
aida ali,
insyaAllah, IM percaya ada..
Jangan berputus asa, terus meminta kepada Dia agar Akhmal berubah menjadi lebih baik.
Ditambah diberi panduan yg betul melalui landasan..
Selamat berterawih IM..semoga amalan diberi ganjaran
Ate,
InsyaAllah, sebagai bapa, tanggungjawap tetap diteruskan.
nur,
panduan yang berteraskan agama, hendaknya.
IMANSHAH,
Selamat berterawih juga buta IMANSHAH. LCW kalah lagi nampaknya..he..he.. Memang LD hebat dan layak menjadi juara!
IM dah buat yg terbaik utk dia...semoga segalanya akan berubah..InsyaAllah..
Catat Ulasan