Halaman

Khamis, 17 November 2011

Ada Hikmah Di sebalik, Rupanya!

Bangsal tempat kami tidur dalam hujan. Pak Long - berkain pelikat tanpa baju.

Masih mahu berkongsi cerita tentang Mukhayyamku di Pulau Songsong. Sebenarnya, selain Pulau Songsong, berhampiran itu ada juga Pulau Telor, Pulau Bidan dan Pulau Bunting. Pulau Bunting semasa Kedah di bawah kerajaan BN, sedang dirancang pembinaan jambatan dari tanah besar ke pulau. Namun sebaik saja kerajaan PR ambil aleh, projek itu dikhabarkan telah dibekukan.

Kami yang seramai 40 orang telah diangkut sebanyak 2 kali oleh bot. Satu trip dibayar sebanyak RM250. Aku ditrip yang pertama. Menerjah laut selama hampir 45 minit terasa menjemukan juga. Maklumlah malam, apa yang boleh diperhati melainkan lampu dan gelap.

Belum sempat kesemua khemah di dirikan.....ruummmm..... hujan turun mencurah-curah. Terus kami di arah ke bangsal berhampiran yang akhirnya aku dan rakan-rakan tidur di situ berselimutkan kilat sambar menyambar dan tempias hujan berselang seli dengan gigitan nyamuk.

Esok pagi, sibuk mereka bercerita bahawa ujian kami yang pertama yakni ribut memang mencabarkan. Ada yang seolah-olah menggambarkan bahawa hujan lebat itu seperti merencatkan sedikit kegembiraan malam pertama kami di sini.

Namun di hari ketiga; aku tiba-tiba mengakui akan kata-kata Pak Long; penjaga pulau yang tinggal di rumah yang mana kami tumpang bilik air dan telaganya untuk mandi dan ambil wudhuk.

"Pak Long, kami nak beransur balik dulu. Terima kasih kerana bagi kami guna telaga dan bilik air. Maafkan kami kalau ada yang terlebih kurang. Maklumlah, kawan-kawan saya tu ramai yang masih muda dan baru dengan kami."

"Tak pa... aihhh......Biasa le tu. Mujur malam tu hujan lebat. Penuh tangki-tangki ni dengan air hujan dan dapat kamu semua guna. Kalau tak hujan lebat, susah juga kamu."

Inilah yang dikatakan bahawa: di sebalik kesusahan yang Allah berikan, ada hikmah sebenarnya. Aku harap, sebaik sahaja kami balik pada hari itu, hujan lebat akan turun semula buat memenuhi kembali takungan air yang kuantitinya aku anggar melebihi beberapa kolah untuk kegunaan kumpulan lain yang pasti akan datang sepertimana kami.

Pak Long tentu tak kisah kerana sudah biasa dengan hujan dan ribut di laut!

11 ulasan:

Abd Razak berkata...

Pengalaman yang berguna..

hani@debumelukut berkata...

yang bertamu susah nya sekejap saja tapi bayangkan yg bermukim tu..

Citarasa Rinduan berkata...

sentiasa bersyukur dengan diri sendiri..

IM... ayu rasa sangat shahdu dengan kisah yang IM syerkan..

S..U..D..@..I..S berkata...

pengalaman yang indah... naik endoi(buaian)dibwah pokok nyok pulau songsong, masih ada lagi ke Im endoi tu.....

insan_marhaen berkata...

abd razak,
memang ini pengalaman amat berharga. pengalaman bersama sahabat seperjuangan di dalam wadah yang dipantau oleh jamaah haraki.

hani,
yang bermukim itu memang telah diberi upah setimpal. dengar cerita oleh seorang Dato'.

cr,
IM memang suka tulis pengalaman sendiri yang jujur dengan harapan untuk tatapan masa dpan dan perkongsian bersama bagi mana-mana yang baik. atas kejujuran itu agaknya tulisan IM mampu menyentuh perasaan sesetengah pembaca macam Ayu.

apa-apapun, tk kerana sokongan Ayu selalu positif terhadap entri-entri IM.

insan_marhaen berkata...

sud@is,
IM tak perasan pula tentang buaian tu. apa-apa pun IM nampak satu pokok sudah tumbang. IM agak, pulau ini semakin mengecil kerana paras air laut menaik.

iBu...gUru berkata...

betoi kata pak long........... mujuq hujan lebat no........ada hikmahnya

NzA berkata...

setiap yang berlaku ada rahmatnya...

IMANSHAH berkata...

ALlah turunkan hujan, berikan panas, uji dengan ribut untuk manusia bersyukur dan berfikir

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah..
setiap yang ALLAH turunkan itu bukannya kesusahan buat yang mahu mengerti...
- peringatan buat akak juga...

insan_marhaen berkata...

ibu guru,
orang lama, lain sudut fikirannya.

nza,
justeru itu kita selalu disaran berfikiran positif.

imanshah,
ya.. fikir pelita hati.

ibu n abah,
peringatan buat IM juga.