Isnin, 7 November 2011

Alahai Rendang Ayamku!

Foto salin dari sini
Sekali lagi, Raya ini ibu_suri beriya-iya suruh aku masak rendang. Dalam kemalasan, aku gagahi juga membeli perkakasan membuat rendang. Kebanyakannya aku beli dari kedai mamak tak jauh dari restoran ABC, Taman Pauh Indah. Memang hampir semuanya ada di situ,; sedari santan, kerisik hinggalah ke daun kunyit.

Ayam 2 ekor. Maklumlah - Along, Angah dan Ayu tentu akan beraya bersama kami. Aku ambil saiz yang paling berat - 2 ekor RM13 dijual di gerai tepi Jalan Permatang Rawa. Aku pejam mata je. Tak mahu rasa gelisah duit yang keluar hampir RM100 ringgit di hari itu dek  membeli itu dan ini.

Selesai membeli jam 8 malam, aku pun bergegas menyuruh Along membersihkan ayam. Untuk mengupas kulit bawang, halia dan lengkuas, aku biarkan ibu_suri yang melakukan kerana kerja itu boleh dibuatnya sambil duduk.

Aku mengambil kuali yang diperbuat dari keluli kononnya boleh memasak walau dengan hanya menggunakan sebatang lilin yang tersimpan berhabuk di kabinet. Blend semua ramuan yang perlu lalu.... cerauuu.... aku masukkan ke kuali. Masukkan ayam dan santan sambil menyudip. Tiba-tiba .... plup!... api terpadam! Aikk...

"Kantoilah kita Along. Gas habislah.." sambil aku memutar punat penghidup api berkali-kali. Aku bingkas mengeluarkan tong gas dan tergesa-gesa ke kedai di Astaka. Jam hampir ke pukul 10 malam. 

Huhh...Aku bernasib baik kerana walaupun kedai dah 90% ditutup pintunya, taukeh kedai sudi memberi aku tong gas yang baru. Aku pun bergegas balik ke rumah dan memasang kepala gas ke kepala tong gas. Buka saja punat kepala gas, tiba-tiba.... psstttttt... bau gas bocor dari kepala tong gas. Alamak... Apa hal pulak ni?

"Macam mana Along? Rasanya samada tong atau kepala gas ni ada masalah. Kedai dah tutup."

"Kita kan ada portable gas beli masa kita selalu camping dulu, ayah!"

Hmm... ya tak ya juga. Lalu akhirnya berjaya juga aku dan Along memasak rendang yang akhirnya menghabiskan 2 tin gas. 

Tiba-tiba Angah menalipon dari rumah mertuanya... Ayah, bagitau Along suruh siap-siap cepat sikit. Esok lepas sembahyang Raya, Angah nanti ambik Along dan terus balik rumah Opah di kampung.

Habis, rendang ayam ni sapa nak perabis?

12 ulasan:

hani@debumelukut berkata...

mesti sedap kalau ayah yg masak..tak per, simpan dlm peti ais..esuk bila anak2 balik panaskan..ke dah habis dah?

NzA berkata...

kisah yang tragis juga tu IM....
Kirim aje rendang tu untuk opah di kampung....

Ibu n Abah berkata...

IM..
Selamat menyambut hari raya aidil adha..
Byk betul dugaan nak masak rendang tu...
Calang2 org tak jd masak...
Sebab.. Akak tak masak pun raya ni...

insan_marhaen berkata...

hani,
bagi kat saudara mara yang ada kat sini. tapi tak sedap sangatlah. ibu_suri kata, mungkin santannya kurang baik.

nza,
tak teringat pulak..he..he..

ibu n abah,
itulah akibatnya kalau memasak yang dipaksa-paksa, agaknya!

aku HIV positif berkata...

hehehe...
tak dapat nak menolong IM! :)

LadyBird berkata...

rendang tu bagi kat lady habiskan :D

hrusli61 berkata...

Nasib baik pengalaman berkelana ke Gunung Tahan masih boleh diguna pakai.

Masak cara emergency.

Temuk berkata...

Wow, penuh suspen betul penyediaan rendang ayam tu, ya IM. Walau kelam-kabut, tapi dapat dibereskan, tentulah lega rasa hati. Nanti sambil releks, boleh masak rendang ayam lagi, yg ibu_suri kata 'Best!'. Insya-Allah.

kakcik berkata...

Keringkan - jadi serunding. Tahan lebih lama. :)

alongxp berkata...

aduh... dah susah payah menyiapkan, beli ayam sampai 2 ekor... last2 xde org nk mkn?

S..U..D..@..I..S berkata...

bukan main ssh nak masak .....
alih2 tak da org nak perabih...
freezekan saja IM

Ann Huda (Ate) berkata...

Keluarga Ate tak ada sorang pun yang pandai masak rendang sedap. Tapi raya haji tahun ni nak jugak buat rendang, so kami beli rempah rendang tok segera. Alhamdulillah sedap hingga menjilat gigi :).

Kagum dengan kegigihan IM mengurus keluarga khususnya bila musim2 hari raya.